awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Realme mula buang pekerja di India selepas kembali di bawah Oppo
Litar pintas dipercayai punca deretan rumah sewa terbakar
Quick Share diperluas, Android bakal dapat sokongan AirDrop rentas platform
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

“Assalamualaikum…” - Ibu kenang 5 tahun pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair

Gempak
Gempak
18/02/2025
11:02 MYT
“Assalamualaikum…” - Ibu kenang 5 tahun pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair
Bersama luahan itu, Dida juga meninggalkan pesan surah Al Fatihah buat Ashraf yang meninggal dunia di Hospital MMC Kuningan, Jakarta. - Gempak
CEPAT waktu berlalu, sudah lima tahun aktor Ashraf Sinclair meninggal dunia. Mantan suami bintang popular Indonesia, Bunga Citra Lestari atau BCL itu meninggal dunia pada usia 40 tahun, 18 Februari 2020.
Ibu Allahyarham, Dida Sinclair mengenang pemergian anak yang meninggal dunia kerana serangan jantung dengan ucapan yang dititip di akaun Instagram miliknya.
“Assalamualaikum. 5 years have gone by, but most time I felt like that it was only yesterday! (5 tahun berlalu, tetapi kebanyakan waktu saya merasa seperti baru kelmarin)," tulis ibu Ashraf.
Bersama luahan itu, Dida juga meninggalkan pesan surah Al Fatihah buat Ashraf yang meninggal dunia di Hospital MMC Kuningan, Jakarta.
Perkongsian tersebut disambut dengan ucap takziah dan salam buat allahyarham serta keluarganya.
View this post on Instagram
A post shared by Khadijah Abdul Rahman (@dida_sinclair)
Allahyarham yang menetap di Jakarta selepas berkahwin selama 12 tahun, ditemui terbaring dalam posisi tidur oleh BCL setelah penyanyi itu beredar ke tandas untuk membersihkan solekan.
Sehingga kini hubungan keluarga Ashraf dan BCL masih akrab meski pelantun lagu Wanita Terbahagia itu sudah berkahwin baharu pada 2023 lalu.
Pasangan itu juga berkongsi seorang cahaya mata iaitu Noah Sinclair. -- Gempak
Topic Berkaitan
#Ashraf Sinclair
#lima tahun pemergian
#ibu kenang
#Bunga Citra Lestari
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan