ENTERTAINMENT
Astro hidupkan dunia The Last of Us di Kwai Chai Hong, pengalaman terbaik Max melalui Astro One

Aktivasi “Epic Stream, Epic Paths” di Kwai Chai Hong sempena tayangan The Last of Us Musim Kedua, berlangsung dari 1 hingga 11 Mei 2025. - Gambar Astro
KUALA LUMPUR: Lorong bersejarah Kwai Chai Hong bertukar wajah menjadi dunia pasca-apocalyptic sempena pelancaran The Last of Us Musim Kedua, yang kini distrim eksklusif di Max menerusi Astro One.
Ketua Pemasaran Kumpulan Astro, Ben Woo berkata, aktivasi bertemakan Epic Stream, Epic Paths itu mencerminkan komitmen berterusan syarikat dalam menyajikan hiburan bertaraf dunia menerusi satu platform menyeluruh.
“Kami amat terinspirasi dan berbesar hati dengan kerjasama bersama The Last of Us. Ia selari dengan komitmen Astro One untuk menawarkan hiburan terbaik kepada semua rakyat Malaysia sama ada kandungan tempatan, sukan atau antarabangsa,” katanya.
Dianjurkan secara terbuka kepada orang ramai, aktivasi ini membawa suasana dramatik siri berkenaan ke tengah bandar melalui mural emosional, instalasi seni dan zon Instagrammable bertemakan #TeamJoel, #TeamAbby dan #TeamDina.Tambah Ben, pendekatan ‘on-screen to on-ground’ ini diwujudkan bagi membolehkan pengunjung menyelami dunia sebenar The Last of Us sambil menikmati pengalaman penstriman lancar melalui Astro One.
“Dengan kerjasama ini, kami ingin membawa dunia The Last of Us ke alam nyata. Ia memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menyelami dan memahami dunia siri ini, sambil merasai sendiri pengalaman penstriman hebat di platform Astro,” ujarnya.
The Last of Us Musim Kedua merupakan antara judul utama dalam penawaran Max — selain House of the Dragon, The White Lotus, The Regime, dan banyak lagi — yang boleh distrim menerusi Astro One di Ultra Box, aplikasi Max dan Astro GO.
Menambah daya tarikan, pelanggan Astro yang melanggan Astro One berpeluang menebus barangan eksklusif The Last of Us seperti topi Max, beg Thule Lithos, fon kepala Sony dan banyak lagi menerusi aplikasi MyAstro.
Penebusan hanya boleh dibuat secara fizikal di Kwai Chai Hong dari 9 hingga 11 Mei, selagi stok masih ada.
“Pelanggan hanya perlu buka aplikasi MyAstro, klik tab ganjaran dan berpeluang memenangi barangan eksklusif The Last of Us yang tidak dijual di pasaran,” jelasnya lagi.
Musim kedua The Last of Us kembali selepas lima tahun sejak penerbitan musim pertamanya. Musim ini mengisahkan Joel dan Ellie yang terperangkap dalam konflik antara satu sama lain serta dunia yang jauh lebih berbahaya dan tidak dapat dijangka berbanding sebelumnya.
Barisan pelakon yang kembali termasuk Pedro Pascal sebagai Joel, Bella Ramsey sebagai Ellie, Gabriel Luna sebagai Tommy dan Rutina Wesley sebagai Maria.
Pelakon baharu pula terdiri daripada Kaitlyn Dever sebagai Abby, Isabela Merced sebagai Dina, Young Mazino sebagai Jesse, Ariela Barer sebagai Mel, Tati Gabrielle sebagai Nora, Spencer Lord sebagai Owen, Danny Ramirez sebagai Manny dan Jeffrey Wright sebagai Isaac.
Catherine O’Hara turut membuat penampilan istimewa sebagai pelakon jemputan.
Siri ini boleh ditonton di Max, serta di TV melalui saluran HBO (411) atau distrim menerusi On Demand. Episod baharu akan ditayangkan setiap hari Isnin dan episod akhir pada 26 Mei 2025.
Mulai 24 Mei hingga 30 Jun 2025, pelanggan baharu yang melanggan Max akan menikmati diskaun 50 peratus daripada harga langganan tahunan biasa untuk pelan Max Standard atau Max Ultimate.
Pelanggan Astro juga boleh mengubah suai pakej mereka dengan menambah lebih 14 aplikasi penstriman popular termasuk Max, Prime Video, Netflix, Disney+ Hotstar, Viu, iQIYI, WeTV, Zee5, Simply South dan banyak lagi.
Penyesuaian langganan boleh dilakukan pada bila-bila masa melalui aplikasi MyAstro sama ada untuk menukar, menambah, atau membatalkan perkhidmatan penstriman yang diinginkan.
Langgani Pek Astro One dengan serendah RM49.99 sebulan. Strim senang hati, hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga.
Tingkatkan pengalaman penstriman anda juga dengan menambah Astro Fibre 500Mbps bersama Pek Entertainment pada hanya RM129.99 sebulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp 03-9542 3838.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami