awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Astro menang 11 kategori bagi Malaysia dalam Anugerah Kreatif Akademi Asia 2021

Astro Awani
Astro Awani
01/10/2021
02:25 MYT
Astro menang 11 kategori bagi Malaysia dalam Anugerah Kreatif Akademi Asia 2021
Kumpulan Astro berjaya meraih kemenangan dalam 11 daripada 25 kategori bagi Malaysia di Anugerah Kreatif Akademi Asia (AAA) 2021. -Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kumpulan Astro berjaya meraih kemenangan dalam 11 daripada 25 kategori bagi Malaysia di Anugerah Kreatif Akademi Asia (AAA) 2021.
Antara anugerah diraih Astro termasuk dalam kategori Program Muzik dan Tarian Terbaik menerusi program "Gegar Vaganza" di Astro Ria.
Astro turut memenangi anugerah bagi kategori Siri Drama Terbaik menerusi "Projek Anchor SPM" di Astro Originals.
Manakala "Bunga's Secret Garden" di Astro Gempak pula berjaya dalam kategori Jenama Siri Program Terbaik.
Siri "Drama Scammer" di Astro Ria turut memenangi dua kategori iaitu Suntingan Terbaik dan Trailer Terbaik.
Program "Malaysia vs COVID-19: #KitaJagaKita" turut mendominasi kategori Program Dokumentari Terbaik selain "Travel with Me" bagi kategori bersiri.
Antara kategori lain yang dimenangi Astro termasuk Program Pra Sekolah Terbaik iaitu "Didi & Friends - Sunflower & Let's Learn S5".
Sejumlah 38 kategori dipertandingkan di peringkat antarabangsa pada tahun ini.
Anugerah Kreatif Akademi Asia ditubuhkan bagi mengiktiraf pencapaian kreatif oleh industri media daripada pelbagai platform termasuk televisyen, digital dan penstriman dalam talian di seluruh dunia.
Pemenang akan mewakili Malaysia ke Majlis Gala bagi menentang wakil negara lain di rantau Asia termasuk Australia Disember ini.
Sumber Facebook asianacademycreativeawards
Topic Berkaitan
#Astro
#Anugerah Kreatif Akademi Asia 2021
#GegarVaganza
#Projek Anchor SPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan