awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kesan pemandu Axia baling kon di Plaza Tol LDP
Dua alami kegagalan jantung selepas helikopter terhempas di Gapyeong
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Astro menang Anugerah Inovasi Media Unggul di IDEA Award 2025

Khalis Khadir
Khalis Khadir
25/05/2025
00:00 MYT
Astro menang Anugerah Inovasi Media Unggul di IDEA Award 2025
Pengurus Saluran Astro Ria, Idlan Zahari hadir menerima anugerah berkenaan dalam majlis yang berlangsung di Le Méridien Putrajaya pada Sabtu. - Foto Astro AWANI/Ikqwan Lee
PUTRAJAYA: Astro terus mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju kandungan berteraskan nilai Islam apabila menerima Anugerah Inovasi Media Unggul sempena Islamic Distinguished Enterprise Award (IDEA Award) 2025.
Pengiktirafan itu atas usaha berterusan Astro dalam menerbitkan kandungan patuh syariah serta sumbangannya terhadap pembangunan ekosistem media Islam di Malaysia.
Pengurus Saluran Astro Ria, Idlan Zahari hadir menerima anugerah berkenaan dalam majlis yang berlangsung di Le Méridien Putrajaya, pada Sabtu.
“Kami amat berbesar hati menerima pengiktirafan ini. Ia membuktikan usaha kami dalam menghasilkan program-program bernilai Islam, memberi inspirasi serta menyebarkan mesej positif kepada penonton dihargai.
“Ia menjadi pembakar semangat untuk kami terus berinovasi, berkarya dan menyampaikan kandungan yang mampu menyatukan rakyat,” katanya kepada Astro AWANI.
Astro juga menegaskan komitmen untuk terus mengangkat karya yang sarat dengan nilai-nilai Islam, sejajar dengan peranannya sebagai platform menyebar kebaikan dan medium rujukan masyarakat pelbagai lapisan.
IDEA Award 2025 dianjurkan oleh Muslim Insiders Chamber of Commerce dengan kerjasama strategik KNKV Group bagi menghargai organisasi yang menunjukkan kepimpinan, inovasi dan komitmen terhadap nilai-nilai Islam dalam amalan perniagaan serta penyampaian kandungan.
Penganugerahan ini turut disaksikan oleh tokoh-tokoh industri dan pemimpin perniagaan, menjadikan ia sebagai satu pengiktirafan tertinggi dalam ekosistem perniagaan Islam negara.
Topic Berkaitan
#IDEA Award
#Astro
#KNKV Group
#Idlan Zahari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan