Astro Radio masih mengekalkan kedudukan sebagai radio No 1 Malaysia dengan lebih 12.2 juta pendengar setiap minggu, berdasarkan keputusan kaji selidik yang dikeluarkan oleh Pengukuran Pendengar Radio Nielsen, Liputan 2 , 2013 pada minggu ini.
Dari perspektif kedudukan, hasil kajian mengesahkan bahawa Astro Radio terus mendominasi gelombang radio sekaligus dinobatkan sebagai ‘Raja Radio’ dengan menguasai kedudukan No.1 untuk radio ERA fm, THR (Raaga & Gegar) ditangga ke 2, dan SINAR fm menyusuli di kedudukan No 3.
Walaupun mengalami penurunan dari sudut jangkauan pendengar bagi keseluruhan segmen radio berbahasa Inggeris, radio-radio bahasa Inggeris di bawah naungan Astro Radio (hitz.fm, MIX fm dan Lite FM) masih mengekalkan kekuatan tersendiri dengan memperolehi 79% perkongsian dalam pasaran Inggeris. Manakala, stesen-stesen lain di bawah payung Astro Radio seperti ERA fm, hitz.fm, MY FM dan THR Raaga terus menguasai takhta bergelar stesen radio No.1 dalam kategori bahasa iaitu bahasa Malaysia, Inggeris, Cina dan Tamil. Sterusnya, THR Gegar juga turut mengekalkan kedudukan sebagai stesen radio No.1 di sekitar Pantai Timur, termasuklah di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Sementara itu, hasil kajian tersebut memperlihatkan Astro Radio mengekalkan kedudukan sebagai 3 stesen radio teratas dalam posisi radio di Malaysia termasuklah ERA fm sebagai radio No 1, THR (Raaga & Gegar) di No.2 dan SINAR fm di tangga ke 3. Kedua-dua stesen, ERA fm dan THR (Raaga & Gegar) di laporkan mempunyai peningkatan pendengar setiap minggu masing – masing dengan jumlah 4.7 juta dan 3.7 juta . Dalam masa yang sama, stesen baru berbahasa Cina di bawah naungan Astro Radio, MELODY FM, mengalami peningkatan pendengar sehingga mencatatkan pertumbuhan sebanyak 196% dengan adanya peningkatan pendengar daripada 134,000 kepada 397,000 berbanding keputusan pada Ogos 2012. Selain itu, pendengar eksklusif MELODY FM juga mengalami peningkatan 219% dalam masa seminggu pada tempoh yang sama
Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio, Dr Jake Abdullah, berkata, "Kami di Astro Radio menghadiahkan kejayaan ini kepada pendengar setia kami yang tidak henti-henti memberikan sokongan padu selama lebih 16 tahun, juga menjadikan Astro Radio sebagai radio No.1 mereka sekali lagi pada tahun ini. Sekali lagi , kenyataan bahawa Astro Radio masih kekal sebagai pengendali radio terkemuka di Malaysia dengan persekitaran yang semakin mencabar, kerana kami menyajikan pelbagai jenis bahasa kepada semua untuk bertindak balas secara positif terhadap inisiatif kami. Hasil kajian tersebut menggalakkan dan mengukuhkan lagi komitmen kami secara berterusan untuk kekal relevan kepada pendengar kami di seluruh negara."
“Pasaran kini menjadi semakin mencabar dengan adanya penggunaan pelabagai cabang media dan teknologi yang semakin berkembang. Kunci yang ada pada Astro Radio pada harini adalah sentiasa meletakkan pendengar kami sebagai teras utama untuk kejayaan kami. Telah banyak pelaburan dalam penyelidikan yang telah dilakukan untuk sampai ke pintu hati pendengar kami dengan memberikan apa yang mereka ingin dengarkan, bagaimana mereka mahu dengar serta di mana mereka mahu dengar. Ini adalah satu proses yang berterusan mengikut evolusi semasa. Kami akan sentiasa berusaha dengan lebih gigih untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik buat pendengar.
"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak penaja, syarikat- syarikat pengiklanan dan rakan - rakan kongsi di atas kepercayaan dan keyakinan mereka terhadap Astro Radio. Sebagai sebahagian daripada strategi kami, kami terus memanfaatkan evolusi media selaras dengan perkembangan teknologi terkini, dengan penyediaan 360 darjah melalui gelombang udara dan juga platfom digital. Pada hari ini, pendengar boleh mengakses Astro Radio 24 jam setiap hari melalui aplikasi telefon bimbit android mahupun laman web kepada sesiapa sahaja dan pada bila-bila waktu." tambah beliau.
Sebagai kunci penting dalam penyusunan strategi yang menggalakkan pertumbuhan, Astro Radio sentiasa memperbaharui segalanya dalam usaha menyampaikan hiburan dan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pendengar di seluruh negara.
*Sumber : Pengukuran Pendengar Radio Nielsen, Liputan 2 , 2013
RADIO BAHASA MALAYSIA
ERA fm: Kekal Stesen Radio No 1 di Malaysia
Sekali lagi, ERA fm di nobatkan sebagai stesen No.1 negara dan radio Bahasa Malaysia paling popuar dengan peningkatan pendengar seramai 4.7 juta seminggu. Selangkah dengan itu, pendengar eksklusif ERA fm kini mencecah dua kali ganda dari 691,000 kepada 1 ,147 000 pendengar. Dari sudut kandungan radio, rancangan pagi popular JoHaRa Pagi ERA yang di kendalikan oleh Johan, Haniff dan Ray terus menduduki tangga No.1 rancangan pagi memperolehi 2.73 juta pendengar. Di antara radio – radio berbahasa Malaysia, ERA fm turut mendominasi gelombang udara secara keseluruhan untuk rancangan- rancangan yang di siarkan.
SINAR fm : Stesen Radio Bahasa Malaysia Paling Popular Di kalangan Pendengar Berusia 30 Tahun ke Atas.
SINAR fm berada di tangga teratas bagi stesen radio dikalangan pendengar 30 tahun ke atas. Pendengar SINAR fm tidak membuat keputusan yang salah untuk memilih muzik retro! SINAR fm juga menduduki senarai Top 3 kedudukan carta radio di Malaysia. Rancangan sarapan pagi SINAR fm iaitu SINAR Pagi juga mencatatkan 1.8 juta pendengar
THR Gegar: Stesen Paling Popular di Pantai Timur
Secocok dengan gelarannya, THR Gegar terus bertakhta di jiwa pendengar Pantai Timur, sekali lagi muncul sebagai stesen radio No 1 di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Prestasi cemerlang diperlihatkan meningkat apabila pendengar eksklusif meningkat dari 660, 000 kepada 789, 000 pendengar.
RADIO BAHASA CINA
MY FM: Stesen Bahasa Cina No 1 Malaysia
MY FM mengekalkan kedudukan sebagai stesen bahasa Cina No.1 di Malaysia dengan 2 juta pendengar seminggu. Ini adalah angka yang tertinggi di kalangan stesen bahasa Cina yang lain. Rancangan sarapan pagi MY FM , Breakfast Show dihoskan oleh Jack Lim, Ghent Mei Yan dan Jeff Chin mengekalkan tempat teratas sebagai No. 1 racangan sarapa radio berbahasa Cina di negara ini sambil menghiburkan 1.2 juta pendengar. Di samping itu, MY FM juga mendominasi gelombang radio bahasa Cina berbanding radio – radio bahasa Cina yang lain.
MELODY FM: Merekodkan Peningkatan Pendengar Tertinggi
Stesen radio bahasa Cina terbaru Astro Radio, Melody FM, terus mendapat daya tarikan dikalangan pendengar baru, dengan catatan pertumbuhan 196% pendengar iaitu kenaikan daripada 134,000 kepada 397,000 pendengar. sejak Ogos 2012. Selain itu, pendengar eksklusif Melody FM meningkat secara mendadak setinggi 219% dalam tempoh yang sama.
RADIO BAHASA INGGERIS
hitz.fm: Kekal Stesen Radio No.1 Bahasa Inggeris
hitz.fm masih mengekalkan kedudukan sebagai stesen radio Bahasa Inggeris No.1 Malaysia dan terus berada di antara 10 stesen radio yang paling digemari di negara ini. Rancangan pagi hitz.fm, Morning Crew yang dikendalikan oleh Ean dan JinnyBoy serta segmen petang Drive Thru dihoskan oleh RD dinobatkan sebagai segmen No.1 mengikut segmen yang di gemari pendengar radio – radio berbahasa Inggeris.
MIX fm: Radio Pilihan Untuk Semua
MIX fm dengan tagline Malaysia Best Variety memberikan kepelbagaian genre muzik kepada pendengar. MIX fm juga turut mencatatkan peningkatan 25 % pendengar eksklusif mereka. Terus berkembang, stesen ini mencatatkan 122,000 pendengar untuk rancangan sarapan pagi dihoskan oleh Sarimah dan Rod. Manakala, seramai 157,000 pendengar menggemari segmen petang.
Lite FM : Pendengar Malaysia Golongan Pendapatan Tinggi
Lite FM begitu terkenal dengan stesen No 1 stesen Bahasa Inggeris untuk golongan berpendapatan tinggi.Terkenal dengan lagu – lagu 80-an, stesen ini menawarkan muzik-muzik dari disko untuk pop, balada dari lembut hingga ke muzik jazz. Antara semua stesen radio Inggeris, Lite FM berjaya mencatatkan pendengar yang meluangkan masa terpanjang untuk mendengar stesen radio selama 9 jam 59 minit.
STESEN RADIO BAHASA TAMIL
THR Raaga : Stesen Radio No,1 Bahasa Tamil
THR Raaga kekal sebagai stesen No.1 Tamil yang meningkat pendengarnya dari 1.66 juta kepada 1.95 juta. THR Raaga menunjukkan peningkatan positif pendengar untuk rancangan sarapan pagi dan petang iaitu Breakfast Show dan Drive Shows yang turut kekal sebagai rancangan No.1 dikalangan radio berbahasa Tamil. Selain itu, pendengar eksklusif radio berbahasa Tamil ini turut meningkat dari 749,00 kepada 963,00 pendengar.
Astro Awani
Wed Oct 30 2013
PAC2024 : Lenggong lokasi pertama, tawar produk pelancongan menarik
Lenggong dipilih menjadi lokasi pertama penganjuran PAC 2024 dalam usaha memperkenalkan produk sedia ada di Lenggong Geopark yang bakal diangkat sebagai UNESCO Global Geopark.
SUKMA: Sarawak mahu guna kelebihan sebagai tuan rumah untuk muncul juara
Sarawak mahu menggunakan kelebihan sebagai tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) tahun ini untuk muncul sebagai juara temasya sukan dwi-tahunan itu.
Guna mesin layan diri IPR, pendapatan suami isteri lonjak lima kali ganda
Sepasang suami isteri tidak menyangka maklumat yang diperoleh daripada Facebook mengenai IPR membantu mereka meraih pendapatan hampir lima kali ganda.
Mahkamah tolak saman pegawai khas AG terhadap Rewcastle-Brown
Mahkamah Tinggi menolak saman fitnah yang difailkan oleh iaitu Mabel Sheela Mutthiah terhadap Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown.
Suspek abai penumpang ketika kapal terbakar dihukum penjara
Penantian lima tahun buat keluarga mangsa bot penyelam Conception untuk melihat suspek yang bertanggungjawab mengabai serta menyebabkan kematian 34 penumpang berakhir dengan keadilan buat mereka.
Kapten Jerry Boylan, 70 tahun dihukum penjara 10 tahun selepas terjun ke laut bagi menyelamatkan diri sendiri bersama empat anak kapal lain dalam kejadian kebakaran ngeri yang berlaku pada jam 2 pagi di Pelabuhan Platt berhampiran Pulau Santa Cruz, Santa Barbara.
Kapten Jerry Boylan, 70 tahun dihukum penjara 10 tahun selepas terjun ke laut bagi menyelamatkan diri sendiri bersama empat anak kapal lain dalam kejadian kebakaran ngeri yang berlaku pada jam 2 pagi di Pelabuhan Platt berhampiran Pulau Santa Cruz, Santa Barbara.
Pengaruh pemberontak semakin kuat & meluas di Colombia
Seorang kanak-kanak memegang belon berwarna merah, kuning dan biru -warna bendera negara Colombia di sebuah sekolah yang dibina serta dibiayai sepenuhnya oleh Estado Mayor Central (EMC), kumpulan yang diselia oleh pemberontak yang menguasai pelbagai kawasan di negara itu.
Senario ini memberi mesej mendalam bahawa usaha damai kerajaan pusat dengan kumpulan pemberontak Angkatan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC) yang menyelia EMC itu, dilihat sukar.
Senario ini memberi mesej mendalam bahawa usaha damai kerajaan pusat dengan kumpulan pemberontak Angkatan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC) yang menyelia EMC itu, dilihat sukar.
Palestin mohon Mesir benarkan permit sementara buat rakyat
Kedutaan Palestin Mesir memohon agar rakyatnya diberikan permit kependudukan untuk sementara waktu.
Duta Besar Palestin di Kaherah, Diab al-Louh pada Khamis memberitahu, kebenaran itu sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kesengsaraan berterusan yang dihadapi penduduk di Gaza sehingga perang di wilayah itu selesai.
Duta Besar Palestin di Kaherah, Diab al-Louh pada Khamis memberitahu, kebenaran itu sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kesengsaraan berterusan yang dihadapi penduduk di Gaza sehingga perang di wilayah itu selesai.
Malaysia kecam serangan pelampau Israel ke atas konvoi bantuan kemanusiaan Jordan
Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan terang-terangan tanpa belas belas kasihan pelampau Israel ke atas konvoi bantuan kemanusiaan Jordan yang sedang menuju ke Gaza pada Rabu.
Polis surai himpunan dengan bom flash bangs
Selepas gagal untuk mematuhi arahan bersurai dalam tempoh 24 jam, polis bertindak lebih ganas dengan merempuh penghadang yang menempatkan kem penyokong Palestin di Universiti California, Los Angeles (LA).
Bukan itu sahaja, bom tangan flash bangs turut dilemparkan ke kawasan yang menempatkan mahasiswa-mahasiswa serta penyokong yang berhimpun sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
Bukan itu sahaja, bom tangan flash bangs turut dilemparkan ke kawasan yang menempatkan mahasiswa-mahasiswa serta penyokong yang berhimpun sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
AS tak senang Malaysia pertahankan Iran
Mohamed Nazri memaklumkan, ini kali kedua beliau dipanggil oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat sejak mula bertugas lebih setahun yang lalu.
Radio Astro kekal paling popular di Malaysia - AC Nielsen
Nielsen Radio Audience Measurement (RAM) menunjukkan 52.7 peratus rakyat Malaysia menjadikan stesen radio Astro sebagai pilihan secara mingguan.