awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Astro terus unggul sebagai hab hiburan, MeleTOP TVS raih 10 juta tontonan

Amzar Alif
Amzar Alif
23/05/2025
15:21 MYT
Astro terus unggul sebagai hab hiburan, MeleTOP TVS raih 10 juta tontonan
Suasana meriah di Stadium Bandaraya Miri dengan lebih 2,500 penonton . - Foto: Azrul/Pemasaran Astro
MIRI: Konsert MeleTOP TVS yang berlangsung meriah di Stadium Bandaraya Miri bukan sahaja menarik lebih 2,500 penonton secara fizikal, malah mencetus fenomena digital dengan meraih lebih 10 juta tontonan di TikTok.
Lebih menarik, acara pra-konsert bertajuk “Hello Miri” yang diadakan seminggu sebelum konsert utama di Imperial Permaisuri Mall berjaya menarik lebih 6,000 pengunjung, sekali gus menghangatkan suasana menjelang konsert.
Penganjuran sulung konsert ini di Borneo merupakan detik bersejarah bagi jenama MeleTOP, hasil kerjasama strategik antara Astro dan stesen penyiaran negeri, TVS.
Dengan tema “Nang Champiyen, Nang Lagend”, konsert ini menyatukan lebih 20 artis popular dalam satu pentas, menggabungkan elemen budaya tempatan dan pop moden iaitu simbol penyatuan hiburan dari Semenanjung hingga ke Borneo.
“Kolaborasi ini benar-benar mencipta satu fenomena. Ia meletakkan tanda aras baharu buat TVS dan membuka peluang untuk kami bekerjasama lagi bersama Astro pada masa hadapan," jelas Pengacara Konsert Fattah Bolh
Selain persembahan hebat, konsert ini turut menjadi platform penghargaan kepada anak seni kelahiran Borneo yang telah mengharumkan nama Malaysia di persada seni suara antarabangsa.
xxx
Dayang Nurfaizah (tengah) ketika menerima Anugerah Khas Borneo MeleTOP -Foto: Azrul / Pemasaran Astro
Penyanyi tersohor Dayang Nurfaizah telah menerima Anugerah Khas Borneo MeleTOP, sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian cemerlang dan konsistennya dalam industri muzik.
“Anugerah ini benar-benar menyentuh hati saya. Ia memberi semangat baharu untuk saya terus berkarya dan memberikan yang terbaik kepada peminat. Paling istimewa, ia diraikan di bumi kelahiran saya sendiri,” ujar Dayang Nurfaizah.
Dengan sambutan luar biasa di lokasi dan capaian tinggi di platform digital, Konsert MeleTOP TVS membuktikan bahawa kandungan hiburan tempatan mampu mencetus gelombang nasional, sekaligus memperkukuh identiti seni Borneo dalam arus perdana.
Saksikan ulangan tayangan Konsert MeleTOP TVS pada hari Ahad ini, 25 Mei 2025, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), Astro GO dan sooka.
Topic Berkaitan
#Konsert MeleTOP TVS
#hello miri
#Anugerah Khas Borneo MeleTOP
#Astro
#TVS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan