BUSAN: Pengarah filem yang memenangi anugerah Oscar, James Cameron berkata pada Khamis sekuel filem pecah panggung sci-fi 2009 yang ditunggu-tunggu Avatar dibuat untuk ditonton di skrin besar bagi mencipta pengalaman mengasyikkan.
Menjelang tayangan rasminya pada 16 Disember, rakaman 18 minit Avatar: The Way of Water ditayangkan kepada media di sebuah teater 3D di Busan, lokasi Festival Filem Antarabangsa Busan (BIFF) berlangsung sejak Rabu, menurut agensi berita Yonhap.
Avatar disebut-sebut sebagai satu kejayaan dari segi teknologi pembikinan filemnya dan masih kekal sebagai filem dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman di seluruh dunia.
Dibuat untuk ditonton dengan cermin mata 3D, klip video pendek itu merupakan pesta visual adegan penerokaan bawah air yang menarik dan jelas yang dirakam dengan kamera khusus pada kadar bingkai tinggi.
Cameron berkata teknologi canggih diperlukan untuk menjadikan pemandangan air lebih nyata dan jelas yang boleh divisualisasikan dengan baik apabila ditayangkan di pawagam digital seperti IMAX 3D, 4D dan Dolby.
"Pada asasnya ia suatu pengalaman yang berbeza. Ia mewujudkan sejenis realisme hiper dalam adegan yang biasa, normal, dan ada masanya kita perlukan pengalaman sinematik itu," lapor Yonhap memetik Cameron yang menyertai sidang akhbar itu secara maya selepas tayangan tersebut.
Pengarah kelahiran Kanada itu berkata beliau memilih air sebagai latar cerita Avatar kedua walaupun menghadapi cabaran teknologi kerana cintanya terhadap lautan dan makhluknya.
"Itu sebenarnya hanya tentang cinta dan kegembiraan saya sendiri di lautan sebagai penyelam skuba, sebagai penjelajah dan sebagainya," katanya.
Jon Landau, penerbit bersama, berkata filem akan datang itu adalah yang pertama daripada empat filem Avatar yang dirancang dengan cita-cita "untuk melakukannya secara betul" dalam mereka bentuk projek besar itu yang sekuelnya mengambil masa untuk diperkenal.
Landau berkata pasukannya memutuskan untuk menayangkan rakaman filem berkenaan di BIFF bagi menarik perhatian penonton filem Korea Selatan yang celik teknologi di festival filem terbesar Asia itu.
"Kami melihat festival filem Busan sebagai peluang yang baik untuk memperkenal dunia Pandora kepada pasaran Asia secara keseluruhan," menurut Landau semasa sidang media.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 06 2022
Avatar disebut-sebut sebagai satu kejayaan dari segi teknologi pembikinan filemnya dan masih kekal sebagai filem dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman di seluruh dunia. - Sumber foto YouTube Avatar
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Usul bahas laporan RCI bukan untuk dakwa mana-mana pihak
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu berkata, 47 halaman muka surat yang dihitamkan dalam laporan RCI bertujuan melindungi keselamatan dan menjaga hubungan diplomatik antarabangsa.
Jadual tayangan 'Avatar' berubah kerana COVID-19
Dalam satu makluman terbaharu, Disney mengeluarkan jadual atau kalendar tayangan bagi beberapa filem terbitannya.
Tiada tarikh ditetapkan buat tayangan Mulan
Sebelum ini, filem arahan Niki Caro itu dijadual ditayangkan pada Mac namun telah ditangguhkan ke Julai, dan akhirnya pada 21 Ogos.
Avatar bakal turun takhta, Avengers: Endgame filem terlaris di dunia
Menurut laporan media antarabangsa, hanya AS$500,000 lagi diperlukan oleh Endgame untuk membawa Avatar turun dari takhta.
6 Avengers tersenarai sebagai pelakon paling mahal, anda mungkin tak percaya siapa nombor 1!
Persoalan yang mungkin bermain di fikiran peminat kini adakah pendapatan pelakon filem aksi ini setanding dengan pelakon 'A-list' yang lain?
Tayangan semula Avengers: Endgame masih gagal tandingi Avatars
Avengers: Endgame masih kekurangan AS$27 juta untuk menyamai rekod yang dipegang Avatar.
Mampukah tayangan semula Avengers: Endgame tandingi rekod kutipan filem Avatar?
Keluaran terbaru kali ini dikatakan membawakan "babak yang dipadam, tribut dan beberapa kejutan"
Avengers: Endgame bakal keluar dengan adegan tambahan?
Tidak disangkal lagi kehebatan filem Avengers: End Game sememangnya meninggalkan kesan buat peminat-peminat filem Marvel.
Michelle Yeoh sah bintangi sekuel Avatar
Pelakon hebat kelahiran tanah air, Tan Sri Michelle Yeoh dilaporkan bakal menyertai barisan pelakon untuk francais filem Avatar.
James Cameron umum empat lagi sekuel filem Avatar
Avatar 2 dijangka menemui peminat pada tahun 2018 diikuti tiga lagi sekuel yang bakal ditayangkan pada tahun 2020, 2022, dan 2023.
Star Wars: The Force Awakens lepasi kutipan Titanic di AS
Secara keseluruhannya, The Force Awakens masih berada di belakang Avatar, yang ditayangkan pada tahun 2009.