awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ayda Jebat tak sampai hati tengok kaki netizen melecet, nak bayar balik RM638

Gempak
Gempak
02/06/2023
02:33 MYT
Ayda Jebat tak sampai hati tengok kaki netizen melecet, nak bayar balik RM638
Ayda berkata, sebagai pengguna Skechers, dia rasa bersalah apabila melihat pengguna lain rasa tidak selesa atau sakit ketika memakai kasut itu. - Foto Gempak
PENYANYI Ayda Jebat menjelaskan, yang dia berasa kasihan melihat seorang pengguna Twitter yang melecet pada bahagian atas tumit kaki selepas mengenakan sepasang kasut baharu berjenama Skechers baru-baru ini.
Menurut Ayda, dia mahu membeli semula kasut berkenaan dengan harga asal supaya pengguna Twitter tersebut dapat membeli sepasang kasut baharu yang lebih selesa.
“Sebenarnya, apabila saya melihat ciapan tersebut viral di Twitter, saya terus berasa kasihan. Sebab dia kata dia baru je beli kasut tu. Jadi, dia tiada duit untuk beli sepasang kasut baharu.
“Sebagai pengguna Skechers, saya rasa bersalah pula lihat orang rasa tak selesa atau even sakit masa pakai kasut tu. Mungkin bentuk kaki dia tak sesuai dengan design kasut, mungkin cara pemakaian atau sizing.
“Jadi, lepas saya beli kasut tu daripada dia, saya harap dia boleh beli kasut lain atau jenama sama tapi yang lebih selesa. Kasut yang dah terpakai tu saya boleh beri kepada orang lain,” katanya kepada Gempak.
Menerusi ciapan di Twitter, Ayda mengulang ciap ciapan pengguna kasut berkenaan dan meminta individu terbabit untuk menghubungi menerusi DM.
“Kesiannya kaki awak sakit.. Alhamdulillah my experience, saya ada banyak kasut Skechers semua saya pakai selesa. Tak apa, saya beli kasut awak so awak boleh beli kasut lain. DM saya,” tulis Ayda menerusi satu ciapan.
Menerusi ruangan komen, ramai yang memberi respons positif tindakan Ayda. Disebabkan Ayda merupakan duta Skechers, ada juga yang memberi pujian, menyatakan beginilah seorang duta menjalankan tugasnya.
Topic Berkaitan
#Ayda Jebat
#kasut Skechers
#tumit melecet
#beli kasut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan