SUAMI kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K, telah menyampaikan hajat mengundang Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dzulkifli al-Bakri menyempurnakan tahnik, cukur rambut sempena majlis akikah anaknya, hujung minggu ini.

"Alhamdulillah Siti Nurhaliza dan baby sihat serta masih di hospital..." ujar Datuk K penuh kegembiraan semasa bertemu di pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Menurut Datuk K juga, nama penuh puteri sulungnya itu akan diumumkan semasa majlis akikah kelak.

Siti Nurhaliza

Buat sementara itu, bayi tersebut hanya dipanggil Fatimah Az-Zahra sempena nama anak Rasulullah SAW.

Siti Nurhaliza melahirkan bayi dengan berat 3.55 kilogram kira-kira pukul 8.17 pagi pada Isnin lalu secara pembedahan.