Siti Aafiyah Khalid.

Itulah nama cahaya mata sulung penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.

Dalam ucapannya, Siti memaklumkan, perkataan 'Aafiyah' di dalam Bahasa Arab bermaksud "segala yang baik-baik."

Majlis tahnik bayi sulung Siti Nurhaliza. Astro AWANI
Majlis pengumuman diadakan sempena tujuh hari usia bayi yang mula dipanggil dengan nama Fatimah Az-Zahra itu di kediaman mereka di Bukit Antarabangsa, malam ini.

Pengumuman nama bayi sulung itu disempurnakan oleh Khalid dan Siti sendiri.

BACA: Lagi perkongsian gambar #BabyCTDK

BACA: #BabyCTDK: Fatimah Az-Zahra bakal ditahnik Mufti Wilayah Persekutuan


Pada majlis Maulid Nabi, Akikah dan Tahnik itu, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut menyampaikan tazkirah sejurus selepas upacara Marhaban, Tahnik dan cukur jambul selamat disempurnakan.