Syarikat penerbitan gergasi, Warner Bros tampil dengan trailer pertama filem The Batman dalam satu konvensyen maya bagi jenama superhero DC Entertainment pada Sabtu.
Trailer selama dua minit yang menyaksikan debut Robert Pattinson sebagai watak utama Batman itu antara lain memaparkan bagaimana Batman dan rakannya James Gordon (lakonan Jeffrey Wright) menyelesaikan kes jenayah di kota Gotham.
Lebih menarik minat penonton nanti adalah tanda tanya yang menyusul setiap kali Batman menerima surat misteri daripada individu yang disyaki melakukan jenayah di kota itu.
Menampilkan lagu Something in the Way oleh kumpulan Nirvana, trailer itu mendapat tontonan 7 juta penonton hanya dalam tempoh kurang 24 jam, dan setakat ini sudah mencatatkan lebih 16 juta tontotan.
Pengarahnya, Matt Reeves sebelum ini pernah mendedahkan filem terbaharu itu bakal menyaksikan bagaimana kehidupan awal Bruce Wayne sebelum menjadi Batman.
Filem The Batman itu bakal ditayangkan pada 25 Jun 2021 namun ditunda akibat pandemik COVID-19 dan akan ditayangkan serentak pada 1 Oktober 2021.
BACA: Produksi filem 'The Batman' dihentikan gara-gara COVID-19
BACA: Bintang Twilight, Robert Pattinson bakal pegang watak Batman
Fareez Azman
Tue Aug 25 2020

Trailer The Batman ditayangkan pada Sabtu dalam satu konvensyen secara maya DC Entertainment. Ia mendapat 7 juta tontonan dalam tempoh kurang 23 jam. Gambar: Youtube \ Warner Bros. Pictures
![[INFOGRAFIK] UMNO putus hubungan dengan BERSATU selepas bubar Parlimen [INFOGRAFIK] UMNO putus hubungan dengan BERSATU selepas bubar Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893748/33543290901614877285609_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] UMNO putus hubungan dengan BERSATU selepas bubar Parlimen
![[INFOGRAFIK] Kronologi Runtuhan Jambatan Lebuh Raya Dalam Pembinaan (SUKE) [INFOGRAFIK] Kronologi Runtuhan Jambatan Lebuh Raya Dalam Pembinaan (SUKE)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893747/33543290891614877053307_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kronologi Runtuhan Jambatan Lebuh Raya Dalam Pembinaan (SUKE)

Agenda AWANI: Proses Mengerjakan Ibadah Umrah Ketika Pandemik COVID-19
Temu bual Nazri Kahar bersama Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali, Ketua Pegawai Eksekutif, TH Travel & Services Sdn Bhd mengenai proses mengerjakan ibadah umrah ketika pandemik COVID-19 dalam Agenda AWANI.

Agenda AWANI: Peranan Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021
Apakah peranan Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021? Ikuti diskusi Nazri Kahar bersama Mufti Perlis yang juga Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dalam Agenda AWANI.

Jawatankuasa Khas Bebas Darurat jadi pengimbang tadbir urus negara
Ahlinya, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin melihat kewujudan jawatankuasa bebas darurat ini sebagai satu kredit yang baik untuk memperkukuh urus tadbir negara.

10 Berita Pilihan - (04 Mac 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

AWANI Ringkas: COVID-19: 2,063 kes baharu | Bukan lemas tetapi kebocoran organ perut
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (10:00PM).

AWANI Ringkas: Keuntungan Khazanah susut | Anwar jumpa Speaker minta Dewan Rakyat bersidang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (9:00PM).

"Doakan kita boleh balik kampung raya tahun ini" - Ismail Sabri
"Doakan kita boleh balik kampung raya Aidilfitri tahun ini," demikian luah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

AWANI Ringkas: PH rayu Agong titah Sidang Parlimen diadakan | Bersatu pandang serius surat Presiden UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (11:00PM).

Bagaimana karisma Robert Pattinson? Trailer 'The Batman' sudah raih lebih 16 juta tontonan
Filem terbaharu itu bakal menyaksikan bagaimana kehidupan awal Bruce Wayne sebelum menjadi Batman.

Senyap-senyap muncul dalam Gotham, Shiva buat Malaysia bangga
Netizen mula riuh di media sosial apabila Shiva muncul membuat debutnya semalam dalam episod A Dark Knight: One Of My Three Soups, pada Jumaat.