SALAH seorang bintang kelahiran X Factor, Tom Mann menyampaikan berita duka apabila mengumumkan tunangnya meninggal dunia hanya beberapa jam sebelum majlis perkahwinan mereka berlangsung.
Mann sepatutnya berkahwin dengan Danielle Hampson yang juga ibu kepada anak mereka yang kini berusia 8 bulan pada Sabtu lalu.
Bagaimanapun wanita berusia 34 tahun itu meninggal dunia pada pagi sebelum mereka bergelar suami isteri, lapor DailyMail.uk.
Khabar sedih itu diperoleh melalui perkongsian yang dibuat penyanyi dan komposer yang popular bersama Stereo Kicks tersebut di akaun Instagramnya.
“Saya tidak percaya sedang menulis ini tetapi kekasih, cinta hati, sahabat baik dan segalanya untuk saya, Dani telah meninggal dunia pada pagi Sabtu, 18 Jun 2022.
“Dia meninggalkan saya pada hari terhebat kami. Hari kami akan berkahwin. Saya terlalu berdukacita,” tulisnya.
Mann juga menulis: “Saya menangis seperti air laut. Kami tidak sempat bersanding dan mengucap janji cinta apa lagi melakukan tarian pertama sebagai suami isteri.
“Tetapi saya tahu anda tahu bahawa anda adalah perkara terhebat dan terbaik yang pernah berlaku dalam hidup saya, Danielle.”
Lelaki berusia 28 tahun itu juga berjanji akan membesarkan anak mereka dengan baik dan setia memakai cincin perkahwinan mereka sebagai lambang cinta yang tak terbendung.
Bagaimanapun sehingga artikel ini ditulis, punca kematian Danielle yang dikatakan sudah menjadi kekasih Mann sejak tahun 2015 tidak diketahui. Danielle juga diketahui tidak menghidap sebarang penyakit serius.
*Artikel asal disiarkan di Gempak
Gempak
Tue Jun 21 2022

Mann sepatutnya berkahwin dengan Danielle Hampson yang juga ibu kepada anak mereka yang kini berusia 8 bulan pada Sabtu lalu. - Gempak

Galtier dinamakan jurulatih baharu PSG, Pochettino ucap selamat tinggal
Galtier kini ditugaskan untuk menamatkan penantian gelaran PSG dalam Liga Juara-Juara Eropah.

Niaga AWANI: Ekonomi | Impak kenaikan OPR kepada pinjaman
Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 25 mata asas bagi mengawal inflasi barangan, kata Perancang Kewangan Berlesen, Rafiq Hidayat Mohd Ramli. Menurut, ada kemungkinan besar bank akan menghantar surat kepada peminjam kadar berubah mengenai bayaran bulanan naik susulan jangkaan kenaikan OPR itu.

Suspek tikam ibu kandung direman 7 hari
Penahanan reman terhadap lelaki itu dikeluarkan bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dengan dolar AS memandangkan dolar terus mengukuhkan daya tarikannya sebagai mata wang selamat.

Niaga AWANI: Segera batalkan pengharaman eksport ayam
Sekatan eksport ayam ke Singapura hanya akan menyebabkan kehilangan pasaran sedia ada sekiranya ia berlanjutan, seterusnya merugikan negara ini, kata Penasihat Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Datuk Jeffrey Ng.

Niaga AWANI: Korporat | DNeX sumbang kepakaran pembangunan teknologi ke Turkiye
Dagang NeXchange Berhad (DNeX) melalui anak syarikatnya, SilTerra Malaysia Sdn Bhd memeterai perjanjian persefahaman bersama Tuyar, sebuah syarikat teknologi di Turkiye dalam usaha membangunkan ekosistem semikonduktor di negara itu. Pengarah Urusan Kumpulan DNeX, Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata pihaknya akan membantu dari segi pembangunan teknologi selain berkongsi kepakaran pembangunan semikonduktor.

Jiwa SME | Juadah tradisional Burasak tembusi pasaran serantau
Memasarkan perniagaan dalam platform digital merupakan langkah terbaik buat usahawan makanan tradisional Burasak di Johor bagi meraih perhatian pelanggan. Biarpun negara dibelenggu COVID-19 selama dua tahun, namun perniagaan Mohammad Khazin Ahmad masih dapat bertahan apabila dia banyak menerima tempahan menerusi Facebook dan WhatsApp.

Perlu ada solusi jangka panjang tangani kos sara hidup rakyat - Young Syefura
Beliau berkata, ia bukan sahaja memberi kesan kepada golongan B40, sebaliknya turut memberi kesan sama kepada M40 dan juga T20.

Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga bekas Timbalan Presiden MIC, S. Subramaniam
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas T

COVID-19: Shanghai laksana ujian saringan besar-besaran
Kesemua penduduk di sembilan daripada 16 daerah di bandar itu perlu melakukan ujian saringan dua kali iaitu pada Selasa dan Khamis.

Bakal isteri bintang X Factor meninggal dunia beberapa jam sebelum majlis kahwin
Tom Mann menyampaikan berita duka apabila mengumumkan tunangnya meninggal dunia hanya beberapa jam sebelum majlis perkahwinan mereka berlangsung.

Simon Cowell tarik diri sebagai juri 'X Factor Israel'
Wakil penerbit -X Factor Israel- memaklumkan Cowell telah membatalkan penampilannya itu 'atas sebabnya tersendiri'.

Simon Cowell ambil alih hak produksi 'Got Talent' daripada Sony Music
Hak cipta format televisyen yang dihasilkan Cowell itu akan dipindahkan ke syarikat baharu, Syco Entertainment, yang dimiliki beliau sepenuhnya.

Juara X-Factor, Leona Lewis turun Johor Sabtu Ini, ada apa tu?
Wow!
.jpg)
'Inilah putera pertama selepas penantian 7 tahun' - Danny X-Factor dedah wajah anak... comelnya!
Pelakon dan penyanyi Danny X-Factor mendedahkan wajah cahaya mata pertamanya yang baru sahaja dilahirkan semalam.
.jpg)
Danny X-Factor timang cahaya mata pertama selepas 7 tahun
Alhamdulilah...

One Direction tampil penuh emosi di pentas X-Factor sebelum berehat panjang
Viral di media sosial baru-baru ini ialah persembahan terakhir kumpulan band terkenal, One Direction pada acara kemuncak The X-Factor (UK) di London, Ahad malam sebelum berehat panjang.

Demi Lovato tinggalkan X-Factor
Demi Lovato mengundurkan diri daripada X Factor setelah menajdi juri dan mentor selama dua musim.

Khidmat Khloe Kardashian sebagai hos tidak diperlukan
Mengalami nasib yang sama seperti Britney Spears, perkhidmatan Khloe Kardashian sebagai hos rancangan tidak diperlukan lagi untuk musim terbaru -The X-Factor- Amerika.

Simon risik Rihanna (Video)
Simon Cowell dikatakan sedang merisik Rihanna untuk menjadi juri "X-Factor".