SUAMI kepada pelakon Datin Seri Noniswara Baharuddin iaitu Datuk Seri Dr Sheikh Nordin Sheikh Ahmad meninggal dunia pada malam Ahad.

Berita pemergiaan itu dikongsikan sendiri oleh Noniswara menerusi laman Instastory miliknya.

Menerusi perkongsian itu, Noniswara memberitahu proses pengurusan jenazah suaminya dilakukan di masjid Mustaqim, Ampang Selangor pukul 8.30 pagi Isnin.

Jenazah kemudian dibawa ke kampung halamannya di Kuala Krau, Temerloh, Pahang untuk dikebumikan.

“Jenazah suami saya Sheikh Nordin Sheikh Ahmad dimandikan dan disembahyangkan di masid Mustaqim, Ampang pukul 8.30 pagi.

“Dan jenazah akan dibawa pulang ke kampung halaman arwah di Kuala Krau, Temerloh untuk dikebumikan,” kongsi Noniswara.

Arwah yang juga bapa mentua kepada MK K-Clique dan penyanyi itu juga berkongsi semula hantaran berupa ucapan takziah mengenai berita sedih itu.

Untuk info, Noniswara berkahwin dengan usahawan berkenaan sejak tujuh tahun lalu yang merupakan perkahwinan ketiganya.

*Artikel asal yang disiarkan di Gempak