awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Barbie' terus kuasai kedudukan teratas 'box office' Amerika Utara

Bernama
Bernama
14/08/2023
07:04 MYT
'Barbie' terus kuasai kedudukan teratas 'box office' Amerika Utara
'Barbie' menampilkan pelakon-pelakon ternama termasuk Margot Robbie dan Ryan Gosling. - Foto Warner Bros/AP
LOS ANGELES: Filem komedi fantasi Warner Bros Pictures, 'Barbie' kekal di puncak carta box office (pecah panggung) Amerika Utara buat minggu keempat berturut-turut dengan kutipan tiga hari dianggarkan sebanyak AS$33.7 juta.
Ia berdasarkan data daripada firma penilaian Comscore yang didedahkan pada Ahad.
Filem aksi langsung arahan pengarah wanita Amerika Greta Gerwig, mengumpul sebanyak AS$526.3 juta di Amerika Utara hingga Ahad.
"Filem ini telah memikat imaginasi penonton filem di seluruh dunia dan hasilnya sungguh mengagumkan dengan kutipan global yang besar sehingga hujung minggu ini sebanyak AS$1.184 bilion," tulis penganalisis filem kanan Comscore, Paul Dergarabedian, menerusi e-mel kepada Xinhua.
'Barbie' menampilkan pelakon-pelakon ternama termasuk Margot Robbie dan Ryan Gosling.
Drama biografi Universal Pictures 'Oppenheimer', arahan Christopher Nolan berada di tempat kedua dengan kutipan AS$18.8 juta pada minggu keempat tayangannya dan keseluruhan AS$264.3 juta.
Sementara itu di tempat ketiga carta ialah filem animasi adiwira 'Teenage Mutant Ninja Turtles: Mutant Mayhem' daripada Paramount memperoleh sebanyaj AS$15.75 juta pada hujung minggu kedua tayangannya, dengan jumlah keseluruhan Amerika Utara kepada AS$72.8 juta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barbie
#Box Office
#Margot Robbie
#Ryan Gosling
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan