awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas isteri Jimmy Shanley dipenjara tiga hari

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
31/03/2016
08:30 MYT
Bekas isteri Jimmy Shanley dipenjara tiga hari
Nursuhaila diarahkan menjalani hukuman bermula hari ini di Penjara Wanita Kajang. - Foto/Facebook Nursuhaila Eliani
HUKUMAN penjara ke atas bekas isteri pengacara, Jimmy Shanley Norjahan Saleh, Nursuhaila Eliani Suhaimi, diputuskan kekal oleh Mahkamah Rayuan Syariah Shah Alam.
Laporan media menyebut tempoh hukuman itu bagaimanapun dikurangkan kepada tiga hari, daripada tujuh hari sebelum ini.
Penghakiman dibacakan Hakim Rayuan Syariah Datuk Aidi Moktar yang menolak permohonan Nursuhaila untuk untuk mengetepikan perintah komital (pemenjaraan) dengan alasan Mahkamah Tinggi Syariah telah memberi ruang dan peluang untuk perayu membela diri.
Nursuhaila diarahkan menjalani hukuman bermula hari ini di Penjara Wanita Kajang.
Januari tahun lalu, Nursuhaila dijatuhkan hukuman penjara tujuh hari selepas didapati ingkar perintah mahkamah berkaitan hak lawatan dan bermalam anak mereka, Zahrah Rania.
Dia kemudiannya meminta agar hukuman itu ditangguhkan.
Jimmy dan Nursuhaila berkahwin 1 Oktober 2010, sebelum sah bercerai pada Oktober 2012.
Topic Berkaitan
#Jimmy Shanley
#Nursuhaila Eliani Suhaimi
#perceraian
#perkahwinan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan