Skip to main content

Politik

[TERKINI] PRN Melaka: Kami insaf, pilihan raya bukan soal siapa paling lantang – Saifuddin

Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika sidang media harian Jabatan Pilihan Raya PH di Bilik Gerakan Utama PH hari ini.  - Foto Bernama
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika sidang media harian Jabatan Pilihan Raya PH di Bilik Gerakan Utama PH hari ini. - Foto Bernama

Advertisement

Ringkasan AI

  • Pakatan Harapan akan mengutamakan kempen aman dan menolak politik kebencian, perkauman serta serangan peribadi pada PRN Melaka ke-16.
  • PH menegaskan kemenangan pilihan raya bergantung kepada kepercayaan rakyat, bukan suara paling lantang dalam kempen.
  • PH akan memberi fokus kepada idea, dasar, rekod perkhidmatan dan penyelesaian masalah rakyat, dengan 24 calon bertanding pada PRN Melaka.
Advertisement

BUKIT KATIL: Kemenangan dalam pilihan raya bukan ditentukan oleh pihak yang paling lantang bersuara, sebaliknya keupayaan meraih keyakinan dan kepercayaan rakyat.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Pakatan Harapan (PH) menginsafi hakikat itu dan akan mengutamakan pendekatan kempen secara aman sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

“Kami akan ketengahkan kempen aman sebab kami insaf bahawa kempen pilihan raya bukan diukur kemenangan daripada pihak mana yang paling lantang.

Advertisement

“Tapi sebenarnya siapa yang paling dipercayai, paling diyakini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya, PH turut menetapkan garis merah dengan menolak sebarang bentuk politik kebencian, perkauman dan serangan peribadi sepanjang tempoh berkempen.

Advertisement

Beliau berkata, perbezaan pandangan politik perlu dihormati dan tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mencetuskan permusuhan dalam masyarakat.

Sehubungan itu, PH akan memberi tumpuan kepada kempen berasaskan idea, dasar, rekod perkhidmatan serta penyelesaian terhadap masalah rakyat.

PRN Melaka ke-16 menyaksikan PH mempertaruhkan 24 calon, masing-masing 10 daripada PKR serta tujuh calon DAP dan tujuh Amanah.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 November sebagai hari pengundian.

 

Must Watch Video

Advertisement