awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kyrgyzstan lucut semua anugerah negara bekas Presiden Atambayev
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bercakap Dengan Jin: Roh bayi mencari ibu malam ini

Gempak
Gempak
12/11/2015
09:10 MYT
Bercakap Dengan Jin: Roh bayi mencari ibu malam ini
Drama arahan Londo Zawawi dan C. Kumaresan ini menceritakan kisah benar yang dilalui oleh penulis iaitu Tamar Jalis tentang pengalaman datuknya iaitu seorang pengamal perubatan tradisional di sekitar negeri Perak.

DRAMA adaptasi novel seram popular sekitar tahun 1980an, Bercakap Dengan Jin karya Tamar Jalis kini sudah memasuki episod ke-10 sejak mula diulang siar sejak awal Oktober lalu.

Drama arahan Londo Zawawi dan C. Kumaresan ini menceritakan kisah benar yang dilalui oleh penulis iaitu Tamar Jalis tentang pengalaman datuknya iaitu seorang pengamal perubatan tradisional di sekitar negeri Perak.

Memasuki episod ke-10 malam ini, tayangan pada malam ini bertajuk Roh Bayi Mencari Ibu.

Siri ‘Roh Bayi Mencari Ibu’ bermula apabila Norlin jatuh pengsan selepas beberapa potong ayat Al-Quran dibaca. Esoknya, datuk mula mencari apa yang mengganggu Norlin dan petangnya seluruh keluarga Tok Kaya dimandikan bunga 7 jenis. Malamnya, datuk dan keluarga Tok Kaya berdepan dengan penunggu yang selama ini mengganggu Norlin.

Penunggu yang muncul adalah seorang bayi yang telah digugurkan oleh isteri Tok Kaya dan kini dia datang hanya untuk bertemu mereka. Selepas datuk berbual dengannya, bayi tersebut janji untuk tidak mengganggu mereka lagi.

Isteri Tok Kaya mengakui salahnya dan datuk mahu mereka bertaubat dan berdoa kepada Allah SWT. Selepas semuanya selesai, datuk dan Tamar masuk ke dalam bilik. Satu lembaga seorang lelaki berdiri dihadapan mereka. Datuk kelihatan tenang sahaja.

Untuk mengetahui apa yang bakal berlaku seterusnya, jangan lupa untuk menyaksikan ‘Roh Bayi Mencari Ibu’ yang akan bersiaran pada jam 11 malam di Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (135).

Topic Berkaitan
#Bercakap Dengan Jin
#Londo Zawawi
#pengamal perubatan tradisional
#Tamar Jalis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan