NAMPAKNYA bukan hanya di Malaysia beberapa selebriti seperti Shuib dan Noh Salleh melangkah setapak dalam hubungan cinta dengan memasuki alam pertunangan.
Penyanyi terkenal Indonesia, Rizky Febian melamar kekasih, Mahalini Raharja sebagai tunangannya, semalam.
Pengumuman berita gembira itu dikongsikan oleh akaun media sosial @rfasmusic dan @thebridestory.
"Pasangan penyanyi Rizky Febian dan Mahalini Raharja selamat bertunang," tulis akaun tersebut seperti dilaporkan Kompas.
Menerusi informasi, Rizky yang senang disapa sebagai Iky melamar Mahalini sebagai tunangannya di hadapan keluarga penyanyi wanita itu dan sekitar 200 tetamu yang hadir.
“Hari ini merupakan hari yang spesial buat saya, ketika saya memantapkan diri saya.
“Di sini, Iky tidak sendiri, Iky bersama keluarga besar dan begitupun Mahalini bersama keluarga besar.”
"Intinya, tidak ada banyak kata yang bisa Iky ucapkan. Iky hanya memiliki niat ibadah untuk menjadi keperibadian yang lebih baik, dan mempunyai tujuan yang tulus, dan ingin meminta izin kepada Papa, Dadong, Kak Dion, Ka Jody, Ka Ugek, dan Kak Nindi," ucap Rizky.
Lamaran tersebut kemudian diterima pelantun lagu Sial itu sebelum pihak lelaki menyerahkan hantaran kepada pihak perempuan.
Sebaik khabar keduanya selamat bertunang tersebar, Rizky dan Mahalini dibanjiri ucapan tahniah daripada rakan seperjuangan dan peminat.
Pasangan penyanyi ini sudah menjalin hubungan asmara selama satu tahun tiga bulan.
Selain kisah cinta, hubungan keduanya sering menjadi sorotan media kerana berbeza agama.
Rizky yang juga merupakan anak kepada pelawak Sule seorang Muslim manakala Mahalini yang berusia 23 tahun adalah seorang Hindu. - Gempak
Gempak
Mon May 08 2023
Penyanyi terkenal Indonesia, Rizky Febian melamar kekasih, Mahalini Raharja sebagai tunangannya, semalam.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
Siap beraksi di arena lebih besar, konsert Berona Day Rizky Febian pada 3 November
Rizky memaklumkan persembahan berdurasi lebih dua jam itu merupakan konsert untuk mempromosikan albumnya yang berjudul Berona.
Bercinta setahun, Rizky Febian dan Mahalini bertunang
Pasangan penyanyi ini sudah menjalin hubungan asmara selama satu tahun tiga bulan.
16 lagu tanpa henti, ini 8 detik menarik sepanjang konsert Rizky Febian Live in KL
Membawakan lagu-lagu berhantu sejak permulaan kariernya dari tahun 2015, Rizky berjaya membuat persembahan yang cukup luar biasa sehingga membuatkan semua penonton puas.
Dipercayai terima RM1.2 juta bayaran 'wang haram', Rizky Febian disiasat polis
Penyanyi terkenal Indonesia, Rizky Febian dipanggil pihak polis untuk membantu siasatan terkait penerimaan bayaran pembelian produk miliknya yang dipercayai adalah hasil dari duit judi atas talian.
Kubur bekas isteri pelawak popular Indonesia, Sule digali semula
Keputusan dijangka keluar pada minggu hadapan.
Tiket VIP habis dijual, Ayda Jebat teruja adakan showcase di Singapura
Ayda Jebat teruja untuk mengadakan showcase pertamanya di Singapura pada 2 Oktober ini.