awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bergelar 'doktor', Fasha Sandha belajar lakukan pembedahan

Gempak
Gempak
23/06/2015
02:00 MYT
Bergelar 'doktor', Fasha Sandha belajar lakukan pembedahan
Menerusi filem tersebut, Fasha bergandingan dengan Taufik Batisah, Raysha Rizrose, Amerul Affendi, Yus Jambu, Khatijah Tan dan ramai lagi.

Pelakon telefilem Hidupku Solatku Matiku, Nur Fasha Sandha Hassan kini bergelar seorang doktor perubatan dan belajar melakukan pembedahan. Semuanya gara-gara filem terbaru lakonannya, Dukun Doktor Dani yang diterbitkan oleh Astro Shaw. Menerusi filem tersebut, Fasha bergandingan dengan Taufik Batisah, Raysha Rizrose, Amerul Affendi, Yus Jambu, Khatijah Tan dan ramai lagi. “Menerusi filem ini, saya memegang watak sebagai seorang doktor yang bernama Lily. Ini merupakan kali pertama saya membawa karakter sebagai seorang doktor dan ada adegan dalam filem ini yang menuntut saya melakukan pembedahan terhadap pesakit,” katanya kepada Astro Gempak. Mengambil inisiatif sendiri dengan melakukan kajian sebelum melangkah ke set penggambaran, ibu kepada dua cahaya mata ini menonton siri televisyen yang berkaitan dengan dunia kedoktoran dan hospital bagi mempersiapkan dirinya memegang watak Lily. “Saya buat ulangkaji saya sendiri sebagai persediaan saya untuk memegang watak Lily. Saya menonton siri televisyen popular seperti ER bagi mendapatkan pendedahan serba sedikit kehidupan seorang doktor dan bagaimana untuk menjalani pembedahan terhadap pesakit,” ujarnya. Pertama kali berlakon di bawah arahan pengarah prolifik Sabri Yunus, Fasha mengakui yang dia senang dan gembira dapat bekerja dengan pengarah yang mempunyai sentuhan tersendiri dalam dunia hiburan tanah air. “Sabri banyak membimbing saya ketika di set penggambaran. Dia seorang pengarah yang berkaliber. Saya banyak timba ilmu menerusi arahan Sabri dan Sabri juga memberi saya peluang untuk saya menggali sesuatu yang baru untuk saya hadiahkan kepada penonton yang bakal menyaksikan filem Dukun Doktor Dani,” jelasnya mengakhiri perbualan.

Topic Berkaitan
#Astro Shaw
#Doktor
#Fasha Sandha
#Hidupku Solatku Matiku
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan