Pelakon Betty Banafe terkejut apabila mendapat tahu terdapat sebuah blog memaparkan berita yang melaporkan dirinya sudah meninggal dunia.

Kata Betty, berita itu tidak masuk akal sedangkan dia masih hidup dan sihat bersama anak dan keluarga.

"Innalillahiwainnailaihirajiun.. Moga berita yang berbelit ini berhenti tersebar.. 

"Alhamdulillah.. Saya masih hidup dan sihat bersama anaknda dan keluarga tersayang.. 

"Perjuangan #justiceforbella #justiceforjohnnydepp #justiceforbanafee masih terus membara di hati...," katanya.

Betty berkongsi perkara berkenaan menerusi akaun Instagram miliknya.


Menerusi perkongsian itu, Betty memuat naik paparan skrin sebuah blog yang memaparkan berita palsu berkenaan.

Betty mengucapkan terima kasih kepada sahabatnya serta netizen yang memaklumkan perkara berkenaan.

Malah meminta mereka tidak mempercayainya.

"By the way, terima kasih kepada netizen sahabat yang tak henti henti memberitahu tentang berita ini. 

"Sempoi.. Tutup mata tutup telinga for any fitnah manusia dan dajjal ya.. Hidup positive jiwa tenang," ujarnya.

Kemas kini itu mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata turut simpati dengan nasib Betty serta berang dengan tindakan blogger yang tidak bertanggungjawab.

Terdahulu berita kematian palsu ini telah berlaku terhadap beberapa artis baru-baru ini iaitu Sherlie Merlis dan Jasmin Hamid. - Gempak