awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Biar gagap, biar merangkak, kesusahan belajar al-Quran juga ada pahala besar' - PU Amin

Gempak
Gempak
10/05/2020
01:19 MYT
'Biar gagap, biar merangkak, kesusahan belajar al-Quran juga ada pahala besar' - PU Amin
PU Amin berkongsi kelebihan membaca Al-Quran yang dapat memberi manfaat kepada semua menerusi satu entri di Instagram miliknya sempena Nuzul al-Quran hari ini. - Astro GEMPAK
HARI ini kita bukan sahaja menyambut Hari Ibu di seluruh dunia, tetapi yang lebih penting untuk umat Islam adalah hari ini merupakan Nuzul Al-Quran.
Dalam satu entri di Instagram miliknya, PU Amin turut berkongsi kelebihan membaca Al-Quran yang dapat memberikan manfaat kepada semua.
"Siapa yang boleh baca Al-Quran itu satu nikmat dan anugerah yang cukup besar. Bacalah selalu jangan tinggal walau sehari. Pada yang baru nak belajar, teruskan belajar jangan malu walaupun baru nak kenal huruf.
"Biar gagap, biar merangkak-rangkak untuk belajar, kerana kesusahan untuk belajar Al-Quran juga ada pahala yang besar. Kita usaha untuk betulkan bacaan, tak kira siapa pun kita, kita ummat Islam wajib belajar Al Quran," kongsi PU Amin.
Tambah beliau, akan binasalah diri kita jika kita banyak belajar tentang urusan dunia, tetapi tidak ada masa untuk belajar tentang Al-Quran.
"Alhamdulillah, sekarang ramai yang sedar dan dah mula nak belajar Al-Quran. Ada live mengaji, ada rancangan tv tentang mengaji Al-Quran. Suasana Ramadhan menghangatkan lagi semangat kita untuk mula belajar dan kerap baca Al Quran.
"Biar susah di dunia, jangan susah nak menjawab depan Allah nanti. Inshaallah pelan pelan, pasti Allah mudahkan urusan untuk belajar Al-Quran. Nabi sebut sebaik baik manusia adalah yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya," kongsi PU Amin lagi.
Beliau turut berdoa semoga kita semua tergolong di kalangan manusia yang terbaik di sisi Allah Swt dan semoga Allah SWT memasukkan kita ke dalam syurga-Nya dengan syafaat Al-Quran.
View this post on Instagram
Siapa yang boleh baca Al Quran itu satu nikmat dan anugerah yang cukup besar. Bacalah selalu jangan tinggal walau sehari. Pada yang baru nak belajar, teruskan belajar jangan malu walaupun baru nak kenal huruf. Biar gagap, biar merangkak rangkak untuk belajar, kerana kesusahan untuk belajar Al Quran juga ada pahala yang besar. Kita usaha untuk betulkan bacaan , tak kira siapa pun kita , kita ummat islam wajib belajar Al Quran. Binasalah kita jika boleh belajar tentang urusan dunia dengan lama, tapi tak ada masa nak belajar Al Quran. Alhamdulillah sekarang ramai yang sedar dan dah mula nak belajar Al Quran. Ada live mengaji, ada rancangan tv tentang mengaji Al Quran . Suasana Ramadhan menghangatkan lagi semangat kita untuk mula belajar dan kerap baca Al Quran. Biar susah di dunia, jangan susah nak menjawab depan Allah nanti. Inshaallah pelan pelan, pasti Allah mudahkan urusan untuk belajar Al Quran. Nabi sebut sebaik baik manusia adalah yang belajar Al Quran dan mengajarkan Nya. Semoga kita tergolong dikalangan manusia yang terbaik di sisi Allah Swt.
Kami Di Gempak ingin mengucapkan selamat menyambut Nuzul Quran kepada semua umat Islam, tidak kira di mana anda berada. Semoga kita mendapat hidayah dan keberkatan pada hari yang mulia ini.
Topic Berkaitan
#Al-Quran
#baca al-Quran
#gagap
#Instagram
#Islam
#merangkak
#PU Amin
#Ramadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan