awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Big Stage 2022: Perjalanan Iqbal terhenti di minggu kedua

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
14/02/2022
02:13 MYT
Big Stage 2022: Perjalanan Iqbal terhenti di minggu kedua
Iqbal yang menyanyikan lagu Ketahuan nyayian asal Matta Band berada dikedudukan tiga terendah dengan markah 9.20% bersama Lia Aziz (46.8%) dan Megat Rahim (45%).
PUTRAJAYA: Perjalanan Iqbal Zulkefli di atas pentas Big Stage akhirnya terhenti apabila dia diumumkan peserta yang tersingkir untuk minggu kedua.
Iqbal yang menyanyikan lagu Ketahuan nyayian asal Matta Band berada dikedudukan tiga terendah dengan markah 9.20% bersama Lia Aziz (46.8%) dan Megat Rahim (45%)
Sementara itu, Elica Paujin berjaya merampas kedudukan Aisyah Retno apabila menjadi peserta yang mendapat markah tertinggi iaitu sebanyak 84.6%.
Sofia Marieylla pula membuat kejutan apabila berjaya menduduki tempat kedua berbanding minggu lepas ditangga keenam dengan markah 75.6% diikuti oleh Aisyah Retno (75.2%).
Untuk minggu kedua peserta membawakan lagu bertema Hypebeat dan diadili oleh dua juri tetap iaitu Ajai dan Datuk Seri Siti Nurhaliza serta ditemani tiga juri jemputan iaitu Datuk Seri Vida (Presiden Netizen), Mas Idayu (Juri Pedas) dan Aina Abdul selaku juri juara.
Juara ‘Big Stage 2022’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing pula akan memenangi RM50,000 dan RM25,000 beserta trofi.
Program yang dikendalikan oleh Alif Satar dan Sherry Al-Hadad itu bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama lapan minggu pada setiap Ahad, jam 9 malam dan dipancarkan terus menerusi saluran Astro Ria dan Astro Ria HD.
Topic Berkaitan
#Big Stage 2022
#BBNU
#Iqbal Zulkefli
#Elica Paujin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan