awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Big Stage: Saya tidak gembira dengan persembahan saya Syafiq Farhain

Gempak
Gempak
07/09/2018
05:27 MYT
Big Stage: Saya tidak gembira dengan persembahan saya  Syafiq Farhain
Syafiq juga telah mendapat undian TikTok yang ketiga paling tinggi bersama Sarah Suhairi dan Afieq Shazwan.
BINTANG rancangan realiti Big Stage, Syafiq Farhain, 24 tahun, mengakui dia tidak berasa gembira dengan persembahannya pada Ahad lalu.
Menurut Syafiq, persembahan pada malam itu hanya sekadar menyanyi, apa yang dia cuba sampaikan tidak sampai ke jiwanya.
"Saya tidak berasa gembira dengan persembahan malam ini kerana tahu keseluruhannya tidak memuaskan hati.
"Saya tahu persembahan malam ini hanya sekadar menyanyi saja, apa yang cuba disampaikan tidak sampai ke jiwa saya sendiri.
"Saya tidak memandang remeh perkara seperti ini namun masih belum jumpa lagi di mana kekurangannya,” katanya.
Penyanyi yang terkenal dengan gelaran abang bomba ini berkata lagu Bunga tidak berat untuk dibawanya pada malam itu.
"Saya tidak merasakan lagu itu susah untuk dibawa namun cara pembawaan saya tidak serasi dengan muzik.
"Suara saya juga tidak cukup untuk menampung muzik pada malam itu," katanya kepada Gempak.
Pada malam itu, Syafiq telah diumumkan sebagai pemenang Gempak BBNU Of The Week bagi konsert minggu keempat.
Syafiq juga telah mendapat undian TikTok yang ketiga paling tinggi bersama Sarah Suhairi dan Afieq Shazwan.
View this post on Instagram
#tiktok#tiktokgeneration #dominasibbnu #tiktokmalaysia
A post shared by TikTok
Topic Berkaitan
#Big Stage
#gempak
#penyanyi
#selebriti
#Syafiq Farhain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan