awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang isu lambakan barangan import dimasukkan dalam terma, rujukan jawatankuasa khas
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Bila Allah uji macam ini, akak terima' - Noorkhiriah reda van jenazah diinfak hangus terbakar

Gempak
Gempak
01/03/2024
08:33 MYT
'Bila Allah uji macam ini, akak terima' - Noorkhiriah reda van jenazah diinfak hangus terbakar
Noorkhiriah mengakui berasa sedih apabila van jenazah yang diinfak sejak lima tahun tahun lalu terbakar pada Rabu. -Gempak
PELAKON Noorkhiriah mengakui berasa sedih apabila van jenazah yang diinfak sejak lima tahun tahun lalu terbakar pada Rabu lalu namun dia reda dengan ujian tersebut.
Norkhiriah juga berkata dia mungkin akan memohon sumbangan daripada orang ramai sekiranya van tersebut dapat dibaiki semula.
“Akak cuba kawal tapi gagal… nampak macam tak ada apa tapi khidmatnya besar. Ramai yang menyumbang.
"Sebab itu akak cakap dengan diri akak, pertubuhan amal Nur by Khiriah adalah milik kita bersama.
“Bila Allah uji macam ini, akak terima. Cuma sedih itu ada… doakan semoga dapat baiki semula.
"Andai Allah izinkan. Jika tak cukup duit nak baiki, dengan rendah hati akak mohon sumbangan ya.
“Tapi jika dah tak boleh baiki, akak tak buka sumbangan. Doakan semoga dapat ganti cepat. Ramai yang pergi tak kira masa,” kata Noorkhiriah menerusi Instagram miliknya.
Menerusi Instagram pertubuhanamalnurbynorkhiriah, pelakon itu berkata kenderaan jenis Hyundai Grand Starex berwarna hitam itu telah digunakan untuk membawa lebih 100 jenazah dalam masa setahun.
Walaupun kebakaran pada van jenazah itu berjaya dipadam oleh pihak bomba dan penyelamat, namun bahagian enjin hangus terbakar serta tidak dapat diselamatkan lagi.
Difahamkan, van tersebut telah diwakafkan olehnya beberapa tahun lalu sebagai satu saham akhirat untuknya memandangkan ia membawa jenazah secara percuma.
Kereta jenis MPV miliknya itu telah diubah untuk menjadi van jenazah bagi tujuan amal dan mereka yang memerlukan boleh terus menghubungi pertubuhan bagi mendapatkan bantuan perkhidmatan tersebut. -Gempak
Topic Berkaitan
#van jenazah
#Noorkhiriah
#diinfak
#Hyundai Grand Starex
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan