HANYA beberapa minggu lepas Billie Eilish mencipta sejarah menjadi artis paling muda memenangi empat kategori terunggul di Anugerah Grammy - Album Terbaik, Artis Terbaharu Terbaik serta Rekod dan Lagu Terbaik.
Kini, artis berusia 18 tahun itu sekali lagi mengungguli industri seni dan hiburan apabila menjadi artis paling muda mendendangkan lagu tema untuk filem James Bond terbaharu.
Lagu yang diberikan judul sama seperti filemnya, ‘No Time To Die’ dilancarkan pada Khamis dan setakat ini telah mencatat 12 juta tontonan di YouTube.
BACA: Billie Eilish lakar sejarah jadi pemenang Album Terbaik Grammy termuda
Lagu itu juga diiringi oleh pemain gitar lagenda daripada kumpulan The Smiths, Johnny Marr, serta muzik orkestra arahan Hans Zimmer dan Matt Dunkley.
Pada minggu lalu, Billie bersama abangnya Finneas mendendangkan lagu terkenal The Beatles, ‘Yesterday’ sempena segmen ‘In Memoriam’ di Anugerah Akademi ke-92.
Billie bakal memulakan konsert jelajah di serata dunia pada Mac yang cukup dinantikan dengan kesemua tiket habis dijual hanya satu jam selepas ia dilancarkan.
Sebelum ini, hanya dua lagu tema Bond pernah menenangi Lagu Terbaik di Anugerah Akademi - Skyfall oleh Adele dan Writing’s on the Wall oleh Sam Smith.
‘No Time to Die’ dibintangi Daniel Craig, Rami Malek dan Léa Seydoux serta arahan Cary Joji Fukunaga ditayangkan pada April 2020.
Nailah Huda
Sat Feb 15 2020

Lagu 'No Time to Die' yang dilancarkan pada Khamis sudah mendapat 12 juta tontonan di YouTube setakat ini. Foto: Youtube/Billie Eilish

41 maut kebakaran gereja di Giza, Mesir
Sekurang-kurangnya 41 orang terbunuh manakala 12 lagi cedera dalam kebakaran di sebuah gereja di wilayah Giza, Mesir pada Ahad, menurut Kementerian Kesihatan Mesir.

Warga Singapura sesat mendaki, sudah ditemui
Lelaki warga Singapura yang dilaporkan sesat ketika sedang melakukan aktiviti pendakian di Gunung Panti Barat, pada Sabtu telah ditemui selamat.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 14 Ogos 2022.

10 Berita Pilihan - (14 Ogos 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

UMNO | Dekati pengundi, tak boleh bergantung jentera wanita
UMNO tidak boleh bergantung kepada jentera wanita semata-mata untuk mendekati kumpulan pengundi tertentu, selain perlu memikirkan pendekatan sesuai bagi mendekati kumpulan yang dilihat 'jauh' dengan parti itu.

Iklan Palsu | CEO LZNK ambil tindakan undang-undang
Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu dan syarikat pinjaman wang yang menyalahgunakan gambar Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syeikh Zakaria Othman dengan tujuan memperdaya orang ramai. Satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pada Sabtu supaya siasatan dapat dilakukan terhadap syarikat terbabit yang dikhuatiri tidak wujud.

Protes Mana LCS | Polis panggil 13 individu bantu siasatan
Polis akan memanggil 13 individu untuk memberi keterangan berhubung 'Protes Mana Kapal Tempur Pesisir (LCS)' yang diadakan di hadapan sebuah pusat beli-belah dekat Kuala Lumpur, pada Ahad. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana mengadakan perhimpunan tanpa notis.

Tragedi Muay Thai | Peninju Thailand maut akibat pukulan 'knockout'
Peninju dari Thailand meninggal dunia akibat pendarahan otak selepas menerima pukulan 'knockout' dalam perlawanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Kota Bharu, Kelantan. Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata mangsa dikenali sebagai Kittichai Chaengkhao, 28 tahun, berasal dari Chumpong.

RM20,000 sekiranya atlet SUKIPT berjaya pecah rekod kebangsaan - PM
Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika berucap merasmikan SUKIPT 2022 di Arena Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

AWANI Ringkas: Wanita BN cadang penubuhan universiti, bank khas untuk wanita

Adele menang tiga anugerah utama di Anugerah BRIT
Adele memenangi tiga anugerah utama di Anugerah BRIT pada Selasa, dalam edisi pertama penganugerahan dibuat tanpa pengkhususan jantina.

Siapa pengganti Adele di Caesars' Palace?
Caesars Entertainment enggan mengulas tentang pengganti yang berpotensi bagi bulan Februari dan awal Mac.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kru dijangkiti COVID-19, Adele tangguh konsert di Las Vegas
Penyanyi Adele mengumumkan penangguhan siri konsertnya di Las Vegas, Amerika Syarikat sehari sebelum persembahan sepatutnya berlangsung.

Adele pintas rekod sendiri, '30' kini di tangga teratas carta UK
Pada Jumaat, "30" mula menduduki tempat pertama di Carta Album Rasmi serta memecahkan beberapa rekod.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari in

Gagal siar temu bual Adele, pengacara televisyen Australia mohon maaf
Seorang pengacara sebuah stesen televisyen Australia mengakui kecewa dengan kesilapan yang dilakukan kerana gagal menyiarkan perkongsian penyanyi popular Adele mengenai kemunculan album terbaharunya.

Adele kongsi lagu 'To Be Loved' di Instagram, undang sebak netizen
Penyanyi popular Adele membuat kejutan kepada peminatnya dengan berkongsi lagu terbaharunya, To Be Loved dalam Instagramnya, hari ini.

Persembahan istimewa 'Adele One Night Only' di Astro Ahad ini!
Persembahan luar biasa oleh penyanyi tersohor, Adele di Grifith Observatory boleh ditontoni secara eksklusif pada 21 November ini.

'Easy On Me' single terbaharu Adele buat peminat tidak keruan
Ia sekali gus menjadi kemunculan semulanya sejak kali terakhir menemui peminat dengan album '25' pada 2015.