awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bintang 'Lost', 'Ant-Man' Evangeline Lilly ucap selamat tinggal

Sinar Harian
Sinar Harian
08/06/2024
05:50 MYT
Bintang 'Lost', 'Ant-Man' Evangeline Lilly ucap selamat tinggal
"Saya ingin menulis dan mempengaruhi kehidupan orang ramai dengan cara kemanusiaan,” kata Lilly. - Sinar Harian
AKTRES Evangeline Lilly mengucapkan selamat tinggal kepada dunia Hollywood dan memberitahu 'mungkin kembali suatu hari nanti'.
Menerusi laporan Variety, bintang drama bersiri Lost itu membuat pengumuman tersebut menerusi akaun Instagram miliknya, di mana dia berkongsi video yang dirakam pada tahun 2006 mengenai hasratnya untuk bersara dalam tempoh sedekad akan datang.
“Sepuluh tahun dari sekarang, di mana saya mahu berada? Saya takut untuk mengakui perkara ini kepada seluruh dunia lakonan tetapi idealnya 10 tahun dari sekarang saya ingin menjadi pesara dan mempunyai keluarga.
"Saya ingin menulis dan mempengaruhi kehidupan orang ramai dengan cara kemanusiaan,” kata Lilly dalam video itu.
Dalam kapsyennya pada video yang disiarkan pada 3 Jun 2024, Lily menulis: "Saya berasa penuh kegembiraan dan kepuasan hari ini kerana saya akan menjalani visi saya. Melangkah dari apa yang kelihatan seperti pilihan jelas (kekayaan dan kemasyhuran) kadangkala boleh menimbulkan ketakutan, tetapi melangkah ke dalam dharma anda akan menggantikan ketakutan dengan kepuasan.
"Saya mungkin kembali ke Hollywood suatu hari nanti, tetapi buat masa ini, inilah tempat saya berada," kongsinya.
Sebelum itu, dalam satu temu bual bersama Variety, Lilly berkata, dia sudah memperlahankan karier lakonan sejak tiga tahun lalu atau lebih tepat lagi selepas selesai menjalani penggambaran filem Ant-Man and the Wasp: Quantumania.
"Ada sesuatu yang memberi kepuasan dan kegembiraan kepada saya. Saya boleh kembali esok, dua tahun dari sekarang atau tidak sama sekali, tetapi buat masa ini saya tidak secara aktif meneruskan apa-apa kerja dalam industri serta tidak terikat di bawah kontrak dengan sesiapa," ujarnya.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Ant-Man and The Wasp
#Evangeline Lilly
#selamat tinggal Hollywood
#lost
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan