awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bintang muda Kiki Fateeha takluk pentas akhir The Chosen One 2024

Astro Awani
Astro Awani
09/11/2024
11:29 MYT
Bintang muda Kiki Fateeha takluk pentas akhir The Chosen One 2024
Kiki Fateha ketika dinobatkan sebagai juara The Chosen One 2024 di Visual Three Studio, Sri Kembangan. - Gambar TCO 2024
SERI KEMBANGAN : Penyanyi muda Kiki Fateeha, 13, yang berasal dari Sabah dan merupakan anak didik Aepul Roza, berjaya meraih gelaran juara dalam pertandingan akhir program realiti The Chosen One 2024 yang berlangsung di sini pada Jumaat malam.
Dengan kemenangan ini, Kiki membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000, trofi kejuaraan, serta peluang untuk merakam lagu bersama Rocketfuel Entertainment.
Aepul, yang bertindak sebagai mentor Kiki, turut menerima hadiah tunai RM10,000 sebagai penghargaan atas kejayaan anak didiknya.
Menurut Kiki, kemenangan itu tidak dijangkanya memandangkan saingan sengit dari peserta lain yang turut menampilkan persembahan berkualiti tinggi.
"Terima kasih kepada abang Aepul yang juga jurulatih dan semua peminat yang menyokong sepanjang lapan minggu bersaing.
"Saya juga akan menyimpan wang kemenangan ini untuk menyambung pelajaran nanti," katanya.
Di pentas akhir, Kiki memukau juri dengan persembahan lagu solo Kau Kekasihku yang dipopularkan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza, menunjukkan kematangan dan penghayatan yang mengagumkan.
Persembahan duet bersama mentornya Aepul turut menyerlah menerusi medley lagu Jangan Kau Mimpi (Siti Sarah) dan Butter (BTS), memperlihatkan keserasian dan tenaga yang memikat.
Panel juri bagi musim kedua ini terdiri daripada Datuk Awie sebagai ketua juri, di samping Jaclyn Victor sebagai juri tetap serta Ajai dan Ziana Zain sebagai juri jemputan.
Tempat kedua diraih oleh Akhil Mikail, 11, anak didik Tomok dari Johor, yang membawa pulang RM20,000 dan anugerah persembahan terbaik.
Sementara itu, tempat ketiga pula dimenangi oleh Atikah Rose, 17, dari Sabah, manakala Azry Sabri, 15, juga dari Sabah, menduduki tempat keempat.
Konsert akhir The Chosen One turut dimeriahkan dengan persembahan artis jemputan seperti Tuju, MK, Meerfly, Benzoloo, dan Ghid, menutup musim kedua program ini dengan meriah.
Topic Berkaitan
#The Chosen One 2024
#Kiki Fateeha
#Aepul Roza
#Datuk Awie
#Astro Ria
#Astro Ceria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan