awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Bola Kampung" sasar kutipan RM10 juta

Astro Awani
Astro Awani
07/03/2013
00:06 MYT
"Bola Kampung" sasar kutipan RM10 juta
Bermula dengan pencalonan di Anugerah Emmy Kanak-Kanak, Animasia Studio memberanikan diri menerbitkan filem cereka.
"Bola Kampung The Movie" menggunakan khidmat suara selebriti ternama seperti Afdlin Shauki, Ezlynn, Deanna Yusoff, Aizat dan Noh Hujan.
Animasia Studio mensasarkan kutipan sebanyak RM10 juta untuk "Bola Kampung The Movie".
Dihasilkan dengan kerjasama Young Jump Animation, naskhah ini mengambil masa selama empat tahun untuk disempurnakan.
Filem ini juga dijangka bakal menembusi pasaran luar dengan tayangan di beberapa negara terpilih seperti Indonesia, Kemboja dan Rusia.
Menariknya, keunikan suara Ezlynn membolehkan dia menjadi penyumbang untuk karakter utama, seorang budak lelaki bernama Iwan.
Afdlin Shauki pula berasa bertuah kerana dianggap hero oleh anak-anaknya.
Apatah lagi sebelum ini isterinya pernah menyumbangkan suara untuk animasi "Seefood".
“Bola kampung the movie’ yang menelan belanja sebanyak RM6 juta bakal ditayangkan di pawagam mulai 21 Mac ini.
Topic Berkaitan
#Afdlin Shauki
#Aizat
#Bola Kampung
#Deanna Yusoff
#Ezlynn
#Noh Hujan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan