awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ancam kenakan tarif 100 peratus terhadap Kanada jika Ottawa adakan perjanjian dengan China
Perak peruntuk RM1.8 juta bantu sekolah persendirian Cina
Indonesia tarik diri sebagai tuan rumah Kejohanan Badminton Remaja Dunia BWF 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bond 25: Daniel Craig tukar Aston Martin dengan Land Rover

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
29/04/2019
15:51 MYT
Bond 25: Daniel Craig tukar Aston Martin dengan Land Rover
Daniel Craig pada sesi fotografi untuk filem James Bond terbaharu yang ketika ini dikenali sebagai 'Bond 25', di Oracabessa, Jamaica, 25 April, 2019. (Foto AP)
DANIEL Craig kembali beraksi sebagai James Bond, dengan hari pertama penggambaran filem 007 yang ke-25 itu dijalankan di teluk Oracabessa di utara Jamaica pada Isnin.
Pelakon British itu dilihat di lokasi, empat hari selepas barisan pelakon filem dan plot filem tersebut, sehingga kini dikenali sebagai 'Bond 25', didedahkan.
Pada hari pertama penggambaran, Craig, 51 tahun, yang memegang watak sebagai Bond buat kali terakhir, kelihatan bergaya bersama aktor Jeffrey Wright, sebagai Felix, kawan lama Bond dari CIA, dan pelakon lagak ngeri, Jean-Charles Rousseau.
Craig sekali lagi akan memainkan watak utama yang berkisarkan kehidupan yang tenang di sekitar Jamaica, sebelum terjerumus ke dalam satu misi bagi menyelamatkan saintis yang diculik.
Menjalani hidup yang lebih bersahaja di Jamaica, Bond dilihat tidak lagi menggunakan kereta mewah Aston Martin yang biasa dipandunya dalam filem-filem terdahulu.
Sebaliknya, beliau dilihat dalam satu episod memandu Land Rover Defender berwarna biru yang lusuh.
Land Rover itu dilengkapi beberapa biji kamera untuk merakam aksi Bond memandu di sebatang jalan yang sesak dengan kenderaan.
Pada hari pertama itu, pelakon lain tidak kelihatan, termasuk pemenang Oscar dan pelakon Bohemian Rhapsody, Rami Malek yang dinamakan memegang watak jahat dalam filem Bond 25 ini.
Topic Berkaitan
#Aston Martin
#Bond 25
#Daniel Craig
#filem
#Jamaica
#james bond
#kereta
#Land Rover
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan