awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cadangan had tempoh PM tidak rugikan negara - AMK
51 kereta musnah dalam kebakaran bengkel di Sungai Buloh
OIC akan adakan mesyuarat luar biasa mengenai Somalia pada Sabtu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BTS bakal lancar single terbaharu di aplikasi TikTok

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
19/02/2020
08:02 MYT
BTS bakal lancar single terbaharu di aplikasi TikTok
Bukan sahaja boleh menjadi yang pertama mendengar lagu baharu daripada kumpulan tersebut malah anda juga boleh membuat video TikTok dengan lagu baharu tersebut - Foto Instagram/BTS
BERITA ini mungkin yang dinanti-nantikan oleh peminat kumpulan K-pop terkenal, BTS.
Menurut aplikasi TikTok, kumpulan yang popular dengan lagu Luv With Boys itu akan melancarkan pratonton lagu terbaharu mereka iaitu 'ON' menerusi aplikasi tersebut.
Mengulas lanjut mengenai pratonton eksklusif ini, pihak TikTok menyatakan bahawa kaedah ini merupakan satu kaedah yang baharu supaya selebriti dapat berkomunikasi bersama pengguna TikTok sambil mempromosikan kandungan mereka antara satu sama lain.
Pratonton eksklusif yang berdurasi selama 30 saat itu akan disiarkan pada 21 Februari jam 6 pagi waktu Korea Selatan.
Siaran video tersebut dilakukan 12 jam sebelum kumpulan yang dianggotai oleh RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V and Jungkook melancarkan album keempat mereka iaitu 'Map of the Soul: 7'.
Bukan sahaja boleh menjadi yang pertama mendengar lagu baharu daripada kumpulan tersebut malah anda juga boleh membuat video TikTok dengan lagu baharu tersebut.
Jadi adakah anda sudah bersedia untuk mendengar lagu baharu BTS dan membuat video anda tular. Tunggu apa lagi? Ayuh kita mulakan.
Topic Berkaitan
#BTS
#Lagu
#ON
#TikTok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan