ANOTHER day, another drama. Mungkin itulah yang berada dalam fikiran ramai orang apabila menyaksikan ‘perangai’ usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri.
Setelah beberapa hari menerima kecaman netizen akibat memuat naik video-video yang kurang molek untuk dijadikan tontonan, kini, Aliff kembali memberi kenyataan mengejutkan tentang dirinya.
Menerusi sebuah video yang telah dipadam, Aliff berkongsi rakaman yang menyaksikan dirinya menangis teresak-esak sambil mengakui mempunyai masalah mental tahap dua.
Menurut Aliff, sehingga ke hari ini, dia tidak tahu untuk berbuat apa-apa tentang masalahnya itu.
Aliff turut memaklumkan yang dia bakal mengundurkan diri daripada media sosial.
“Bye bye, selamat tinggal Instagram. Awak adalah permainan yang terindah buat saya. Bukan senang nak ada kawan banyak ini.
“4.3 juta kawan dan semua media sosial saya seperti Instagram, Facebook dan TikTok yang berjuta-juta. Saya sebenarnya ada sakit mental tahap dua, tak tahan sudah,” ucapnya.
Terdahulu, video promosi lagu dangdut berjudul Baby Sayang di Instagram miliknya mendapat kecaman hebat orang ramai apabila memperlihatkan teman duetnya, Baby Shima menari ‘panas’ di sisinya.
Sebelum itu, namanya panas di bibir peminat kerana meletakkan elemen LGBT dalam lagu rayanya baru-baru ini.
Artikel asal disiarkan di Gempak.
Gempak
Sat Aug 13 2022

Sambil menangis teresak-esak, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan dia berhadapan dengan masalah mental tahap dua.

F1: Max Verstappen juarai GP Sepanyol
Verstappen mendahului kesemua 66 pusingan di Litar Catalunya Barcelona untuk mencatat kemenangan kelimanya.

Pelakon veteran Bollywood Sulochana Latkar meninggal dunia
Aktres yang pernah membintangi lebih 250 filem itu menghembus nafas terakhir pada usia 94 tahun.

MoU janjikan masa depan lebih baik untuk artis Malaysia, Indonesia
Karyawan dan FESMI tandatangani MoU untuk bersama-sama menggalakkan pertumbuhan industri muzik di kedua-dua negara.

Liga Super: Paulo Josue julang KL City di Kuantan
KL City FC kembali ke landasan kemenangan selepas mengatasi Sri Pahang FC, 2-1, di Stadium Darul Makmur.

APG 2023: Atlet renang, olahraga sumbang lapan emas
Kontinjen Malaysia ke APG 2023 tidak mengecewakan apabila meraih lapan emas, enam perak dan tiga gangsa di bumi Kemboja pada Ahad.

Zaquan Adha belum rancang bersara susulan ACL kelima
Bekas penyerang Harimau Malaya tersebut mengalami nasib buruk itu ketika bertemu Kuching City dalam perlawanan suku akhir Piala FA.

Petugas media CNA maut dalam kemalangan di Lebuhraya Karak
Motosikal yang ditunggangi mangsa hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan.

Naik taraf, perindah medan selera demi keselesaan rakyat - Pakar
Seruan itu bertepatan kerana memenuhi cita rasa budaya rakyat yang suka menjamu selera di medan selera, gerai serta warung bersama keluarga.

Hentikan politik guna modal kaum, agama - Mujibu Muis
Hentikan berpolitik secara retorik menggunakan modal kaum dan agama sebagai asas untuk meraih populariti dan sokongan.

'Wolverine' dikesan di California, kedua disahkan dalam tempoh 100 tahun
Seekor wolverine liar dikesan beberapa kali di California bulan lepas, menurut Jabatan Ikan dan Hidupan Liar California.

Aliff Syukri, isteri timang anak keenam
Luqman Al-Hakim nama pilihan untuk cahaya mata terbaharu pasangan itu.

'Keluar tangan dulu' - Isteri Aliff Syukri kongsi pengalaman bersalin anak keenam
Shahida berkongsi pengalaman pertama berdepan dengan komplikasi anaknya yang lahir mengeluarkan tangan terlebih dahulu.

Nur Shahida mengaku sudah berkali nasihat suaminya Aliff Syukri
"Sebagai orang yang dekat, saya dah nasihat dan dia bukan budak-budak yang saya kena pantau."

Aliff Syukri tidak mengaku buat video sumbang
Aliff Syukri hadir di mahkamah membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan hakim.

Buat drama lagi? Aliff Syukri akui ada masalah mental
Usahawan kosmetik kontroversi itu juga umum undur diri dari media sosial.

SKMM tiada kuasa sekat video raya Aliff Syukri
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia tiada kuasa untuk menyekat secara langsung klip video raya oleh usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Video muzik raya: Aliff Syukri mohon maaf kepada yang tersinggung
Aliff Syukri memohon maaf daripada masyarakat yang tersinggung dan meminta supaya tidak melibatkan keluarganya dalam perkara itu.

Klip video raya kontroversi: Aliff Syukri hadir ke SKMM
Aliff Syukri yang memakai kot kelabu dan seluar hitam tiba pada jam 9.58 pagi dan sempat menyapa pemberita yang menunggu kehadirannya.

Klip video raya Aliff Syukri: MCMC panggil individu terlibat esok - Annuar
Annuar berkata individu yang dikenal pasti telah diberi notis dan diminta untuk hadir di ibu pejabat MCMC di Cyberjaya pagi esok.

"Cukuplah glamor, saya malu dengan anak-anak" - Aliff Syukri mahu jaga maruah, enggan cetus kontroversi lagi
Jika terus khayal dengan glamor, Aliff Syukri bimbang dilabel orang tua tidak sedar diri!