KEHILANGAN orang yang tersayang sememangnya memberika kesan terbesar dalam hidup dan perkara itu dikongsi oleh kakak kepada arwah koreografer legenda, Ahmad Kassan yang dikenali sebagai Puan Shasmi.
Menurut kakaknya, Ahmad Kassan ada bertemu dengan rakan baiknya namun perwatakannya masih seperti biasa.
Cuma apa yang menimbulkan rasa tidak sedap hati apabila arwah tidak menjawab panggilan dan tidak hadir ke tempat kerja pada keesokan harinya.
“Arwah ada bertemu sahabatnya iaitu pada jam 10 Rabu malam, mereka macam biasa ketawa ketawa, saya tanya sahabatnya, dia normal tak ada apa-apa.
“Kemudian arwah kata mahu pulang, penat dan nak tidur. Dia balik dan keesokan hari, kawannya menjangkakan dia pergi kerja macam biasa.
“Tetapi tidak, jadi kawannya mula berasa tak sedap hati kerana sudah jam dua petang lalu dia pergi ke rumah arwah.
“Kemudian dia menelefon arwah daripada depan pintu itu, dan terdengar bunyi deringan telefon bimbit di dalam.
“Jadi dia suspek ada sesuatu yang tidak kena, kemudian dia terus telefon adik beradik yang mana pegang kunci dan kami bergegas ke lokasi,” maklumnya.
Kakaknya berkongsi perkara itu menerusi perbualan telefon yang dibuat bersama pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi.
Perbualan itu dimuat naik di akaun Instagram Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil pada Jumaat.
Menjelas lanjut, kakaknya berkata, mereka menemui adiknya itu dalam keadaan kaku di atas katil di dalam biliknya.
“Kita dapat buka pintu sekitar jam 10 malam, salah seorang adik beradik kamu dah buka pintu dan masuk dalam bilik.
“Dekat katilnya dia sudah terbaring kaku… dah tak ada lagi, kemudian kami terus menghubungi pihak polis untuk pengesahan,” jelasnya.
Dalam pada itu, kakaknya juga memberitahu Ahmad Kassan menghidap penyakit diabetis sejak 15 tahun lalu.
Disebabkan penyakit itu juga, adiknya mengalami penyusutan berat badan dengan cepat dan agak ketara.
“Daripada ubat-ubat yang dia makan itulah kita dapat tahu dia ada diabetis. Doktor beri pengesahan dalam sijil kematian.
“Sudah 15 tahun dia sakit diabetis, dia punya penurunan berat badan juga sangat drastik selepas COVID-19. Kita reda…” ujarnya sebak.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Pusara Aman Singapura pada jam 11 pagi Jumaat.
Untuk rekod, Ahmad Kassan amat dikenali sebagai seorang yang periang dan sering menjadi kesukaan ramai dalam program Macam Macam Aznil.
Tidak hanya orang dewasa, malah kanak-kanak juga turut mengenalinya kerana menggayakan fesyen unik ketika menari dalam program berkenaan. - Gempak
Gempak
Sat Sep 02 2023
Allahyarham Mohd Kassan (kiri) oleh Aznil Nawawi sebagai seorang sahabat yang ceria dan banyak memberi inspirasi kepadanya sepanjang mengendalikan program Macam-Macam Aznil.
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
"Buka pintu bilik, dia sudah terbaring kaku..."
Panggilan tidak berjawab cetus rasa tidak sedap hati dalam kalangan rakan dan keluarga Ahmad Kassan.
Koreografer legenda Ahmad Kassan meninggal dunia
Pak Nil menyifatkan Allahyarham sebagai sahabat yang sangat rapat dengannya dan tunjang utama kejayaan program Macam Macam Aznil.