awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Bukan sebab industri, lebih kepada peribadi' - Nazim Othman akui hasrat bersara

Gempak
Gempak
12/03/2024
09:05 MYT
'Bukan sebab industri, lebih kepada peribadi' - Nazim Othman akui hasrat bersara
NAZIM: Perancangan untuk bersara ini tiada kaitan dengan hal industri, tapi lebih kepada sebab peribadi. -Gempak
AKTOR Nazim Othman mengakui sudah mempunyai perancangan untuk bersara sebagai seorang pelakon.
Bagaimanapun, kata Nazim, dia lebih selesa untuk tidak berkongsi mengenai jangkaan waktu persaraannya itu.
“Saya tak nak cakap bila waktu bersara tapi orang orang terdekat saya tahulah perancangan itu dan ada juga saya beritahu kepada beberapa pengarah hebat negara.
“Perancangan untuk bersara ini tiada kaitan dengan hal industri, tapi lebih kepada sebab peribadi.
“Kalau nak cakap berkenaan industri, industri kita berkembang cuma mungkin perkembangan itu agak perlahan tapi sentiasa ada.
“Saya tak kata industri teruk, tidak, saya bangga dengan industri saya. Cuma perkembangan itu sedikit perlahan, itu sahaja,” jelasnya.
Dalam pada itu, Nazim juga meluahkan hasrat untuk berlakon filem dengan skrip yang bagus sebelum bersara.
“Saya teringin nak berlakon dengan mereka sebelum bersara. Ada di antara mereka sudah pernah berikan tawaran untuk projek projek terdahulu cuma kekangan masa, jadual bercanggah, saya anggap belum rezeki.
“Sepanjang 15 tahun menjadi anak seni, saya tidak pernah berlakon filem. Semoga impian itu akan tercapai sebelum saya bersara.
“Tentang perancangan masa depan semua saya sudah fikirkan. Saya ada ‘exit plan’ sendiri, apa yang hendak dibuat selepas ini.
“Apa sahaja yang hendak dilakukan saya perlu fikir secara terperinci.
"Saya belajar jika apa sahaja perancangan yang saya mahu lakukan selepas ini, simpan kepada diri sendiri terlebih dahulu sehinggalah menjadi,” ujarnya. -Gempak
Topic Berkaitan
#Nazim Othman
#rancang bersara
#exit plan
#bukan isu industri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan