awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buli siber: Imane Khelif saman Elon Musk, JK Rowling

Gempak
Gempak
14/08/2024
03:00 MYT
Buli siber: Imane Khelif saman Elon Musk, JK Rowling
Khelif (tengah) menamakan Musk (kanan) dan Rowling (kiri) dalam tuntutan mahkamah yang difailkan kepada pihak berkuasa Perancis berhubung dakwaan gangguan buli siber melampau.
PETINJU Algeria Imane Khelif menamakan Elon Musk dan JK Rowling dalam tuntutan mahkamah yang difailkan kepada pihak berkuasa Perancis berhubung dakwaan gangguan buli siber melampau.
Nabil Boudi, peguam pemenang pingat emas Olimpik yang berpangkalan di Paris itu memberitahu Variety, Elon dan JK Rowling kedua-duanya dinamakan dalam aduan jenayah yang dihantar ke pusat anti kebencian di pejabat pendakwa raya umum minggu lepas.
Saman itu difailkan terhadap media sosial milik Elon, X, yang bermaksud ia difailkan terhadap orang tidak dikenali mengikut Undang-undang Perancis.
Nabil memberitahu, dia akan memastikan bahawa pendakwaan mempunyai semua latitud untuk dapat menyiasat terhadap semua orang, termasuk mereka yang berkongsi mesej kebencian di bawah nama samaran.
“JK Rowling dan Elon Musk dinamakan dalam tuntutan mahkamah itu," tulis Nabil di X.
Nabil turut menyatakan bahawa Donald Trump juga bakal menjadi sebahagian daripada siasatan.
“Trump tweet, jadi sama ada dia dinamakan dalam tuntutan mahkamah kami atau tidak, pastinya dia akan dilihat sebagai sebahagian daripada pendakwaan," tambahnya.
Berita mengenai hal ini mula dibicarakan beberapa hari selepas Imane Khelif membawa pulang pingat emas dalam pertandingan tinju 66 kilogram wanita di Olimpik Paris 2024.
Dia muncul sebagai pemenang selepas mengharungi tohamahan dan kebencian yang meluas, di mana dia menghadapi pelbagai gangguan di media sosial mengenai jantinanya.
Dalam satu hantaran, JK Rowling berkongsi foto perlawan Imane Khelif dengan Angela Carini dari Itali, menuduh Imane sebagai seorang lelaki yang menikmati kesusahan seorang wanita yang baru ditumbuk di kepala.
Elon pula berkongsi semula siaran perenang Riley Gaines yang mendakwa lelaki tidak termasuk dalam sukan wanita.
Sementara itu, Trump menulis: “Saya akan menghalang lelaki daripada sukan wanita,” tulisnya.
Sumber: Variety
Topic Berkaitan
#Elon Musk
#Imane Khelif
#saman
#buli siber
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan