SEKEPING foto seorang lelaki yang menyerupai penyanyi dan pelakon Aliff Aziz dengan ukiran tatu di dada tersebar.

Seorang pengguna Twitter dengan nama @julesxanne memuat naik foto seorang lelaki mirip Aliff tertera tatu di dada dengan nama Bella.



Tidak dapat dipastikan sama ada ukiran tatu tersebut merupakan sesuatu yang kekal atau pun hanya menggunakan dakwat sementara sahaja.

Usaha Gempak untuk mendapatkan pengesahan Aliff mengenai perkara ini berjaya apabila Aliff membalas mesej yang dikirimkan menerusi aplikasi WhatsApp.

"Itu inai sahaja," tulisnya ringkas.

Nama Aliff menjadi perhatian semenjak hubungannya dengan bekas isteri, Bella Astillah berantakan.

BACA: 'If I could turn back the hands of time' - Throwback foto kahwin, Aliff Aziz beri bayang nak rujuk kembali?

BACA: Kalau saya tidak kerja bukan kamu mahu tolong saya pun- Bella Astillah

Kini, Aliff dikatakan sedang berusaha untuk memujuk kembali Bella.