awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Captain America kalahkan Iron Man dalam undian Twitter

Nizam Bakeri
Nizam Bakeri
08/02/2016
13:12 MYT
Captain America kalahkan Iron Man dalam undian Twitter
Captain America: Civil War dijangka menemui para peminat di Malaysia pada 28 April ini. - YouTube/Marvel Entertainment
Selepas trailer terbaharu filem Captain America: Civil War ditayangkan sempena kejohanan Super Bowl ke-50, para peminat filem adiwira Marvel terbahagi dua.
Mereka diminta untuk mengundi di Twitter sama ada menyokong Captain America dengan hashtag #TeamCap atau Iron Man dengan hashtag #TeamIronMan.
Trailer 45 saat tanpa sebarang dialog itu menunjukkan sorotan filem yang diakhiri dengan imej Captain America dan Iron Man yang menghadap satu sama lain sambil ditemani pasukan masing-masing.
Selepas 13 jam dimuat naik, trailer berkenaan meraih lebih 1.9 juta tontonan di Faceook dan 850 ribu tontonan di YouTube.
Pasukan Captain America lakonan Chris Evans dibarisi oleh Winter Soldier (Sebastian Stan), Hawkeye (Jeremy Renner), Scarlett Witch (Elizabeth Olsen), Falcon (Sam Wilson), dan Ant-Man (Paul Rudd). Iron Man (Robert Downey Jr) pula disokong oleh Black Widow (Scarlett Johanssen), Vision (Paul Bettany), War Machine (Don Cheadle), dan Black Panther (Chadwick Boseman). Dua bintang utama filem berkenaan, Downey Jr dan Evans turut tidak ketinggalan meraikan kemeriahan promosi tersebut.
Join #TeamIronMan! We have snacks!
— Robert Downey Jr (@RobertDowneyJr) February 7, 2016
Who's with me? #TeamCap https://t.co/jW5x803Phf
— Chris Evans (@ChrisEvans) February 8, 2016
Selepas kejohanan Super Bowl tamat, Marvel mengumumkan majoriti undian berpihak kepada Captain America namun netizen masih terus mengundi dan menyertai kemeriahan hashtag berkenaan.
The battle is over, but the war is just beginning. #CaptainAmericaCivilWar pic.twitter.com/ipaKcegSe3
— Marvel Entertainment (@Marvel) February 8, 2016
Captain America: Civil War dijangka menemui para peminat di Malaysia pada 28 April tahun ini.
Topic Berkaitan
#Captain America Civil War
#Captain America Civil War Super Bowl trailer
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan