Skip to main content

Malaysia

Fadillah di Melaka rasmi program berkaitan kementerian

Fadillah (tengah) merasmikan Persidangan CGNEI di Pusat Latihan EPH, Loji Janakuasa Edra Melaka, Kuala Sungai Baru, Alor Gajah, 4 Nov 2026. Turut hadir, Ab Rauf (tiga, kiri).. --fotoBERNAMA
Fadillah (tengah) merasmikan Persidangan CGNEI di Pusat Latihan EPH, Loji Janakuasa Edra Melaka, Kuala Sungai Baru, Alor Gajah, 4 Nov 2026. Turut hadir, Ab Rauf (tiga, kiri).. --fotoBERNAMA
Advertisement

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berada di Melaka semalam atas urusan rasmi bagi menyempurnakan majlis perasmian persidangan tahunan Jawatankuasa Penjanaan Kuasa Turbin Gas CGNEI 2026 di Pusat Latihan EPH, Loji Janakuasa Edra Melaka, Kuala Sungai Baru.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata program berkenaan adalah berkaitan penjanaan tenaga yang boleh memberi manfaat kepada ekonomi negeri dan keselamatan tenaga negara.

Beliau berkata persidangan yang turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh itu merupakan inisiatif CGN Energy International (CGNEI) dan Edra Power Holdings Sdn Bhd menerusi penubuhan Pusat Latihan Kemahiran Turbin Gas CGNEI (CGNEI GTSTC) di Melaka, dan tidak ada kaitan dengan pilihan raya di negeri itu.

Advertisement

“Kehadiran Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di majlis berkenaan juga adalah atas kapasiti Ketua Menteri dan diundang oleh pihak penganjur,” katanya dalam kenyataan itu.

Kenyataan media berkenaan bagi menjelaskan perkara sebenar, susulan ada cubaan segelintir pihak mengaitkan kehadiran beliau untuk merasmikan persidangan itu dengan perkembangan politik semasa di Melaka.

Advertisement

-- BERNAMA

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement