awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki didakwa edar methamphetamine
PM Anwar, KSI bincang kerjasama strategik selari agenda MADANI
Kes dera di Saratok: Pegawai JKM, kaunselor ditempatkan di hospital - Nancy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Celine Dion batal konsert jelajah dunia

Bernama
Bernama
27/05/2023
07:45 MYT
Celine Dion batal konsert jelajah dunia
Pada Disember lalu, Dion, 55, telah menangguhkan beberapa konsert jelajah Eropah dan konsert musim bunga 2023. - Gambar/ FB Cline Dion
LOS ANGELES: Penyanyi popular Celine Dion membatalkan konsert jelajah dunia susulan keadaan kesihatannya yang menjejaskan keupayaan untuk membuat persembahan.
"Saya minta maaf kerana sekali lagi mengecewakan anda semua," tulisnya di Instagram pada Jumaat lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Pada Disember lalu, Dion, 55, telah menangguhkan beberapa konsert jelajah Eropah dan konsert musim bunga 2023.
"Baru-baru ini, saya telah didiagnosis dengan gangguan neurologi yang sangat jarang berlaku yang dipanggil sindrom orang kaku yang menjangkiti satu dalam sejuta orang," katanya.
Pembatalan terbaharu itu menjejaskan 42 pertunjukan di Eropah, bermula dengan tiga konsert pada Ogos di Amsterdam. Peminat boleh mendapatkan semula bayaran dengan menghubungi tempat pembelian asal tiket.
"Adalah tidak adil untuk terus menangguhkan persembahan, sebaiknya kita batalkan segala-galanya sekarang sehingga saya benar-benar bersedia untuk kembali ke pentas. Saya mahu anda semua tahu, saya tidak berputus asa... dan saya tidak sabar untuk berjumpa dengan anda lagi!," kata penyanyi itu.
Pada April, beliau mengeluarkan lima lagu baharu untuk filem "Love Again" arahan James C. Strouse yang dibintangi oleh Priyanka Chopra Jonas dan Sam Heughan.
Filem yang mula ditayangkan pada 5 Mei itu turut menyaksikan Dion membuat penampilan sulungnya di layar perak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Celine Dion
#batal konsert
#jelajah dunia
#keadaan kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan