Penyanyi terkenal dunia, Celine Dion baru-baru ini mengejutkan peminatnya apabila menyampaikan lagu ‘Hello’ nyanyian Adele ketika konsert beliau sempena sambutan tahun baharu di Las Vegas.

“Jadi malam ini, jika saya boleh, saya mahu Adele menjadi sebahagian dari sambutan tahun baru kita,” kata Dion seperti dipetik dari portal Entertainment.

“Jangan panik, dia tidak di dalam bangunan ini,” sambung Dion sebelum beliau mempersembahkan lagu nyanyi Adele itu.

Susulan itu, rata-rata netizen memuji Celine Dion kerana dapat menyampaikan lagu hit 2015 itu dengan cara yang tersendiri.

Penyanyi kelahiran Kanada itu kini mempunyai unit kediaman tersendiri di Caesars Place di Las Vegas, Nevada.

Penyanyi berusia 47 tahun itu mengambil cuti sementara pada tahun 2014 kerana kesihatan suaminya, dan menyambung semula konsert beliau pada bulan Ogos 2015.

Pada Oktober lalu, Dion mendedahkan bahawa beliau sedang menumpukan perhatian pada projek album Perancis yang terbaharu.