awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Chris Brown disiasat atas dakwaan pukul seorang wanita di Las Vegas

Reuters
Reuters
03/01/2016
07:01 MYT
Chris Brown disiasat atas dakwaan pukul seorang wanita di Las Vegas
Brown pernah ditahan kerana memukul bekas teman wanitanya, Rihanna, tujuh tahun lalu.
Penyanyi Chris Brown kini sedang disiasat selepas didakwa memukul seorang wanita dalam satu insiden yang berlaku hampir tujuh tahun selepas dia ditahan dan didakwa memukul bekas teman wanitanya, Rihanna.
Kenyataan dari polis Las Vegas menyebut wanita berkenaan cuba mengambil gambar Brown ketika kejadian yang berlaku sewaktu parti di sebuah bilik hotel di Palms Casino Resort pada Sabtu.
Mangsa dikatakan dipukul ketika sedang mengeluarkan telefon bimbitnya.
Laman web TMZ memuat naik gambar lebam di mata wanita berkenaan.
Pegawai yang ke hotel itu untuk membuat siasatan mendapati wanita itu mengalami kecederaan ringan, namun Brown telah pun meninggalkan hotel.
Polis berkata penyiasat belum mengenal pasti lokasi Brown dan setakat pagi Sabtu, dia masih belum ditahan.
Nicole Perna, jurucakap penyanyi itu berkata tuduhan wanita itu tidak benar.
"Dakwaan yang mengatakan dia dipukul kerana ingin mengambil gambar yang kemudiannya menyebabkan satu pertengkaran merupakan satu penipuan yang telah direka," Perna berkata dalam satu kenyataan.
Brown ditahan di Los Angeles pada Februari 2009, pada malam Grammy Awards, selepas menyerang Rihanna yang ketika itu merupakan teman wanitanya. Dia mengaku salah dan dijatuhkan hukuman percubaan lima tahun, namun hukuman itu ditarik setahun lalu.
Topic Berkaitan
#Chris Brown
#Las Vegas
#Rihanna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan