awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Chris Martin, Dakota Johnson bertunang selepas enam tahun bercinta

Agensi
Agensi
07/03/2024
23:50 MYT
Chris Martin, Dakota Johnson bertunang selepas enam tahun bercinta
Chris Martin dan Dakota Johnson akhirnya mengikat tali pertunangan selepas enam tahun menjalin hubungan cinta.
VOKALIS Coldplay, Chris Martin dari Coldplay dan aktres Hollywood, Dakota Johnson akhirnya mengikat tali pertunangan selepas enam tahun menjalin hubungan cinta.
Martin telah melamar pelakon Hollywood itu selepas mendapat restu daripada bekas isterinya Gwyneth Paltrow dan anak-anak mereka, Apple dan Moses.
Sumber terdekat pasangan itu memberitahu, Martin, 47, dan Johnson, 34, memilih untuk tidak menghebahkan berita pertunangan berkenaan, namun, sangat terbuka bercerita mengenai hubungan mereka itu.
“Mereka tidak tergesa-gesa untuk merancang perkahwinan tetapi hanya mengikat komitmen rasmi," kata sumber itu seperti dilaporkan media Hollywood.
Pelakon Fifty Shades of Grey Dakota dilihat memakai cincin hijau zamrud di jari perkahwinannya pada hari lahirnya yang ke-34 di Los Angeles pada Oktober lalu.
Bakal bergelar ibu tiri kepada dua anak tunangnya itu, Johnson tidak melihat hal itu sebagai bebanan buatnya.
Ini kerana, kata aktres itu, realitinya dia secara peribadi sangat menyenangi kehadiran kanak-kanak dalam hidupnya.
Bahkan, Johnson sangat teruja untuk menjadi ibu tiri kepada Apple dan Moses, katanya kepada majalah Bustle.
"Saya sangat suka kanak-kanak itu kerana hidup saya juga bergantung kepada mereka.
“Saya sangat terbuka untuk bergelar seorang ibu. Saya telah sampai ke satu tahap di mana saya benar-benar ingin mengalami segala yang ditawarkan oleh kehidupan,” ujarnya.
Johnson dan Martin mula bertemu antara satu sama lain pada 2017 - setahun selepas rocker itu bercerai dengan Paltrow.
Pasangan itu menjadi tajuk utama tahun lalu apabila Paltrow menyiarkan gambar mereka berpegangan tangan.
Martin dan Paltrow dikurniakan dua cahaya mata iaitu Apple Blythe Alison Martin, 20, dan Moses Martin, 18. - Agensi
Topic Berkaitan
#Chris Martin
#Dakota Johnson
#vokalis Coldplay
#Chris Martin Dakota Johnson bertunang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan