awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cinta 'isteri' Anuar Zain tidak pernah berakhir ...

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
30/01/2017
15:33 MYT
Cinta 'isteri' Anuar Zain tidak pernah berakhir ...
Antara babak yang dilakonkan oleh Sharifah Sakinah dalam video muzik Anuar Zain, Cinta Takkan Berakhir. - Foto syot layar YouTube Anuar Zain Vevo
Video muzik terbaru, Cinta Takkan Berakhir nyanyian penyanyi terkemuka tanah air, Anuar Zain merupakan sambungan jalan cerita kepada video muzik, Andainya Takdir yang diterbitkan pada 22 September 2016.
Rentetan sambungan kisah dari lagu single pertama Andainya Takdir itu merupakan sinambungan kisah cinta dilakonkan Sharifah Sakinah yang digambarkan pada awalnya sebagai seorang orang kampung.
Sharifah kemudiannya menyertai pertandingan mencari bakat sekali gus menjadi bintang dan akhirnya dilihat meninggalkan suaminya demi mengejar kemewahan bersama lelaki lain.
Anuar Zain - Andainya Takdir
Ramai yang memuji jalan cerita klip video itu namun buah tangan pengarah Amor Rizan terbaharu ini disifatkan lebih menyentuh perasaan sehingga ada yang berkata jalan ceritanya jauh lebih baik daripada drama-drama televisyen.
Dalam video berdurasi 8 minit 36 saat itu, pengarah Amor Rizan mempamerkan satu plot yang tidak dijangkakan sesiapa.
Perjalanan klip itu menceritakan realiti perasaan dan hati seorang isteri yang mencintai suami serta anaknya.
Ia dibuktikan apabila Sharifah digambarkan seorang ibu yang sanggup mengorbankan segala-galanya demi melihat keluarganya bahagia.
Anuar Zain - Cinta Takkan Berakhir
Sejak dimuat naik pada 27 Januari lepas, video tersebut kini berada di kedudukan ke 14 bagi video paling trending di YouTube (Malaysia) dengan jumlah tontonan menghampiri 100,000 setakat ini.
Pelbagai reaksi diberikan peminat, ada yang tersentuh hati, ada juga yang teringat kepada jasa dan pengorbanan yang dilakukan oleh ibu mereka.
Sedih gila mv lagu Anuar Zain. Nk berjejes air mata jantan aku lelz
— nd (@diana_rusdi) January 30, 2017
Terbaik lagu Anuar Zain. Lagu kedua pon ade sambungan. https://t.co/zXKCYwUOGp
— (@DrNasrul) January 30, 2017
Antara komen warga media sosial di YouTube, mengenai klip video Anuar Zain 'Cinta Takkan Berakhir'
Antara komen warga media sosial di YouTube, mengenai klip video Anuar Zain 'Cinta Takkan Berakhir'
Topic Berkaitan
#amor rizan
#andainya takdir
#Sharifah Sakinah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan