AIMAN Hakim Ridza sememangnya nama yang sering menjadi pilihan produser filem mahupun drama sebagai pelakon utama kerana lakonannya yang mantap.



Terbaru, Aiman Hakim turut dicalonkan untuk The 2019 New York Festivals TV and Film Awards. Walaupun tidak memenangi anugerah tersebut, tersenarai sebagai finalis merupakan anugerah yang cukup besar.



Aiman tercalon melalui lakonannya dalam Mekah Di Hati untuk siaran televisyen Singapura dalam kategori 'Best Performance By An Actor'.

That laugh and that walk. @zahirahmacwilson #curicuricinta #comingsoon #danielhakim #intanraihana #megadrama #comingsoon #thisapril

A post shared by Aimanhakimridza (@aimanhakimridza) on


Kekasih Zahirah Macwilson ini turut berganding bersama dalam drama bersiri Curi Curi Cinta dalam slot Megadrama yang akan mula ditayangkan di Astro Ria dan Ria HD bermula 29 April ini, pukul 10:00 malam setiap Isnin hingga Khamis.