awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Tarikh tayangan filem terbaharu James Bond ditangguh ke November

Agensi
Agensi
05/03/2020
14:00 MYT
COVID-19: Tarikh tayangan filem terbaharu James Bond ditangguh ke November
Filem Bond ke-25 itu pada mulanya dijadualkan memulakan tayangan pada 2 April. - Twitter
PEMINAT filem James Bond nampaknya perlu menunggu lebih lama apabila tarikh tayangan No Time To Die ditunda ke November depan, dipercayai akibat kebimbangan wabak COVID-19.
Berita itu diumumkan menerusi akaun Twitter rasmi James Bond pada Khamis.
"Selepas pertimbangan yang teliti dan penilaian menyeluruh mengenai pasaran global, tayangan No Time To Die akan ditangguhkan ke November 2020," itu yang ditulis dalam kemas kini status tersebut.
MGM, Universal and Bond producers, Michael G. Wilson and Barbara Broccoli, announced today that after careful consideration and thorough evaluation of the global theatrical marketplace, the release of NO TIME TO DIE will be postponed until November 2020. pic.twitter.com/a9h1RP5OKd
— James Bond (@007) March 4, 2020
Filem Bond ke-25 itu pada mulanya dijadualkan memulakan tayangan pada 2 April, manakala tayangan di Amerika Syarikat pula bermula pada 10 April.
Dengan kos pembikinannya yang dilaporkan melebihi AS$200 juta (RM831 juta), penerbit nampaknya tidak mahu menanggung sebarang risiko, apatah lagi selepas ada pihak yang mendakwa kutipan filem berkenaan mungkin terjejas akibat kebimbangan wabak COVID-19.
Tarikh 12 November telah ditetapkan sebagai tarikh tayangan baharu di UK, manakala tarikh tayangan di seluruh dunia akan ditentukan tidak lama lagi.
No Time To Die dibintangi Daniel Craig yang kembali sebagai James Bond, selain turut menampilkan Rami Malek, Lashana Lynch dan Léa Seydoux.
Peminat di seluruh dunia amat menantikan tayangan filem berkenaan kerana itu merupakan penampilan Craig yang terakhir sebagai ejen perisik unggulan British itu, selepas sebelum ini beliau tegas mengumumkan bahawa itulah penghujung komitmennya pada francais '007' tersebut.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#filem
#james bond
#no time to die
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan