awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
8 maut bangunan runtuh di Mesir
Pemakluman rasmi kepada SPR kekosongan luar jangka tiga DUN Perlis minggu depan - Speaker
Wanita warga emas, anak maut dalam kebakaran di PPR Dato Senu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Tayangan filem 'Black Widow' ditangguhkan

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
17/03/2020
23:27 MYT
COVID-19: Tayangan filem 'Black Widow' ditangguhkan
Filem yang dibintangi oleh Scarlett Johansson itu dijadualkan menemui peminat di seluruh negara pada 1 Mei ini, bagaimana pun syarikat tersebut tidak mendedahkan tarikh baru tayangan. - Gambar Facebook@blackwidow
PEMINAT filem Black Widow nampaknya terpaksa menyimpan sementara hasrat untuk menonton filem tersebut kerana Disney pada Selasa umum menangguhkan tayangan filem Marvel itu.
Penangguhan tersebut dibuat berikutan penularan pandemik COVID-19 yang mengakibatkan beberapa penerbitan filem antarabangsa lain turut membuat keputusan untuk menangguhkan tayangan filem mereka.
Filem yang dibintangi Scarlett Johansson itu dijadual menemui peminat di seluruh negara 1 Mei ini, bagaimana pun syarikat tersebut tidak mendedahkan tarikh baharu tayangan.
Selain Black Widow, Disney turut menangguhkan tayangan filem The Personal History of David Copperfield dan The Woman in the Window, yang masing-masing dijadual ditayangkan 8 dan 15 Mei ini.
Filem adi wira wanita arahan Cate Shortland itu turut dibintangi David Harbour, Florence Pugh, O-T Fagbenle dan Rachel Weisz.
Topic Berkaitan
#Black Widow
#Cate Shortland
#COVID-19
#Disney
#filem
#Florence Pugh
#HAPUSCOVID19
#koronavirus
#Marvel
#Scarlett Johansson
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan