awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
Balu Tun Daim fail larangan bersuara terhadap Anwar Ibrahim
Hakim AS sekat usaha pentadbiran Trump tamatkan perlindungan ke atas 350,000 rakyat Haiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Cukup-cukuplah, saya dah kena teruk sangat untuk 2017... penat"- Kamal Adli

Gempak
Gempak
15/01/2018
10:05 MYT
"Cukup-cukuplah, saya dah kena teruk sangat untuk 2017... penat"- Kamal Adli
Menurut Kamal, pengalaman pahit yang ditempuhi tahun lalu cukup meninggalkan kesan yang begitu mendalam buat dirinya. - Foto: Instagram @kamaladli
PELAKON Kamal Adli berazam mahu membuka buku baru dan tidak mahu lagi terpalit dengan sebarang cerita negatif atau kontroversi tahun ini.
Menurut Kamal, pengalaman pahit yang ditempuhi tahun lalu cukup meninggalkan kesan yang begitu mendalam buat dirinya.
“Cukuplah, dah teruk sangat saya kena waktu 2017. Saya akan cuba elak dan tidak mahu terlibat dengan apa-apa isu yang boleh menjejaskan saya.
“Saya akui perkara seperti ini boleh menjejaskan karier dan saya tak mahu orang kenal saya hanya kerana kontroversi.
“Saya dah penat, cukup-cukuplah dan saya tidak mahu perkara seperti itu berulang lagi.
“Untuk 2018 ini biarlah saya buka buku baru, fokus dengan kerjaya dan perniagaan saya.
“Alhamdulillah, tawaran berlakon juga banyak dan jadual saya pun hampir padat. Saya anggap ini permulaan yang baik,” kepada Astro Gempak.
Dalam perkembangan lain, Kamal bakal mengendalikan program baru terbitan Astro, Gegar Lawak bermula 19 Januari ini.
Selain Kamal, pelawak Fad Bocey bakal bergandingan bersamanya hos program terbaru Astro itu.
Pelawak Tauke, Nizam Jentik- Jentik, Ali Puteh dan Dzawin pula ditugaskan sebagai penasihat lawak yang akan membimbing serta membantu para peserta dan
Douglass Lim pula merupakan juri tetap.
Gegar Lawak bakal bersiaran secara langsung setiap Jumaat, jam 10.00 malam bermula 19 Januari ini di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 134).
Program ini juga boleh ditonton menerusi platform digital, Astro GO dan ‘On Demand’.
Foto: Instagram @kamaladli
Teks oleh: Mya Amri
Topic Berkaitan
#Astro
#Emma Maembong
#Fad Bocey
#Gegar Lawak
#Instagram
#Kamal Adli
#kontroversi
#pelakon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan