awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan palsu rumah tangga berantakan, Mawi buat laporan polis

Gempak
Gempak
05/10/2023
09:25 MYT
Dakwaan palsu rumah tangga berantakan, Mawi buat laporan polis
Mawi (kiri) dan Ekin (kanan) memaklumkan telah membuat satu laporan polis berkenaan dakwaan palsu mengenai rumah tangga mereka. -Gempak
PENYANYI Mawi dan isterinya, Ekin memaklumkan telah membuat satu laporan polis berkenaan dakwaan palsu mengenai rumah tangga mereka.
Menurut Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, tindakan itu dibuat kerana pihak tidak bertanggungjawab itu telah menyebarkan fitnah dengan mendakwa perkahwinan mereka sedang berantakan.
“Ya, saya buat laporan polis di Bangi, semalam. Ia berkaitan berita palsu yang disebarkan oleh pihak itu mengenai rumah tangga saya.
“Jadi, kami serahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan," katanya ketika dihubungi Gempak.
Ditanya sama ada pihak terbabit cuba menghubunginya selepas dia membuat laporan polis, Mawi bagaimanapun memaklumkan dia tidak menerima sebarang panggilan.
Terdahulu, Mawi menerusi akaun Instagramnya meluahkan rasa kesal dengan penyebaran berita palsu membabitkan rumah tangganya.
Kata Mawi, berita tular yang tersebar di platform digital dan media sosial itu sekali gus menimbulkan persepsi terhadap mereka. -Gempak
Topic Berkaitan
#fitnah
#Mawi
#Ekin
#dakwaan palsu mengenai rumah tangga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan