awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Olivia Dean dinobatkan Artis Baharu Terbaik di Anugerah Grammy
Masjid Jamek Cina Muslim Klang tarik 55,000 pengunjung, tingkat pelancongan Islam
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

David Beckham berang dikritik kerana masih beri anak puting

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
11/08/2015
04:09 MYT
David Beckham berang dikritik kerana masih beri anak puting
Sebuah tabloid di Britain sebelum ini menyebut sepatutnya dalam usia empat tahun, Harper tidak lagi memerlukan puting.
Bekas bintang Manchester United, David Beckham, tidak senang dengan kritikan sesetengah pihak tentang cara dia mengasuh dan membesarkan anak-anaknya.
Hal itu diluahkan Beckham di Instagram, susulan laporan sebuah tabloid yang mengkritiknya kerana masih membenarkan anak bongsunya, Harper, menghisap puting.
Kata Beckham, dia tidak faham mengapa masyarakat begitu mudah menghakimi walaupun dalam keadaan mereka tidak mengetahui situasi sebenar.
Why do people feel they have the right to criticize a parent about their own children without having any facts ?? Everybody who has children knows that when they aren't feeling well or have a fever you do what comforts them best and most of the time it's a pacifier so those who criticize think twice about what you say about other people's children because actually you have no right to criticize me as a parent ...
A photo posted by David Beckham (@davidbeckham) on
Aug 10, 2015 at 9:23am PDT
"Sesiapa yang mempunyai anak akan tahu yang ada masanya anda tidak punya pilihan lain untuk membuatkan anak anda rasa selesa sewaktu mereka tidak sihat. Dan selalunya, anak-anak akan selesa apabila diberikan puting," kata Beckham.
Laporan sebuah tabloid di Britain sebelum ini menyebut sepatutnya dalam usia empat tahun, Harper tidak lagi memerlukan puting.
Ia turut menyatakan tabiat memberi puting secara berterusan akan membawa kepada masalah lain kepada kanak-kanak, seperti masalah percakapan dan pergigian.
Topic Berkaitan
#David Beckham
#Harper
#puting
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan