awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Deadpool 3, Jennifer Garner kembali sebagai Elektra

Sinar Harian
Sinar Harian
09/07/2023
05:01 MYT
Deadpool 3, Jennifer Garner kembali sebagai Elektra
Penampilan kembali ibu kepada tiga anak itu cukup dinantikan dan mengundang teruja kepada peminat setianya. - Foto Agensi/Sinar Harian
SETELAH hampir 20 tahun, aktres popular, Jennifer Garner kembali mengisi peranan sebagai Elektra menerusi filem Deadpool 3.
The Hollywood Reporter melaporkan filem antiheroin Marvel Comic, terbitan Marvel Studios itu kini sedang menjalani penggambaran di London dan turut menyaksikan Ryan Reynolds kekal sebagai Deadpool.
Perkembangan terbaharu itu tentunya menjadi berita gembira buat peminat Garner, 51, yang pernah mencuri perhatian menerusi watak pembunuh itu dalam filem Daredevil (2003), bersama bekas suaminya, Ben Affleck sebagai Man Without Fear.
Garner juga ditampilkan dalam spin-off filem tersebut, Elektra (2005) yang diakui banyak namanya, meski filem tersebut gagal mendapat kutipan box office.
Justeru penampilan kembali ibu kepada tiga anak itu cukup dinantikan dan mengundang teruja kepada peminat setianya.
Deadpool 3 yang diarahkan oleh Shawn Levy itu dijangka menemui penonton pada 3 Mei 2024. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#jennifer garner
#Deadpool 3
#Elektra
#Marvel Studios
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan