Bukan hanya sekadar barangan kelengkapan bayi, pasangan itu dilaporkan sudah menempah kotak hadiah buat keluarga dan rakan-rakan yang datang melawat kelak.
Tidak cukup dengan itu, Deepika dan Ranveer turut mendekati anak-anak lain yang memerlukan, sebagai salah satu cara berkongsi kegembiraan.
”Pasangan itu mahu berkongsi kegembiraan dengan semua orang dan segala persiapan menyambut bayi yang dijangka lahir pada September ini juga sudah selesai,” ujar sumber terdekat pasangan itu seperti dilaporkan Hindustan Times.
Dalam masa sama, di media sosial tersebar gambar kotak berwarna coklat dengan perhiasan biru, yang dipercayai ditempah pasangan itu. -- Sinar Harian